• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muzium Perak Taiping Sasar 280,000 Pengunjung Tahun Ini

oleh Ahmad Albab
11/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAIPING – Lebih 280,000 orang disasar mengunjungi Muzium Perak tahun ini berbanding 260,000 orang tahun lepas, kata Pengarahnya Nor Hanisah Ahmad.

Beliau berkata, pihaknya optimis sasaran itu mampu dicapai dengan wujudnya pameran ‘3D Sepanjang Jalan Kenangan’ berlangsung sejak 15 September lepas hingga 15 September tahun depan.

“Sejak hari pertama pameran diadakan sehingga Isnin lalu (7 Nov) seramai 42,000 pengunjung melawat ke muzium berkenaan.

Saya percaya impak pameran grafik 3D ini tarikan baharu kepada pengunjung khususnya golongan muda yang minat ‘selfie’,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Muzium Perak dibina tahun 1883 merupakan muzium pertama di Malaysia dan muzium terawal dibina di Asia tenggara.

Menurut Hanisah, 19 segmen aplikasi grafik 3D dipamerkan dengan mengetengahkan kehidupan masyarakat antaranya berkaitan zaman prasejarah, perkampungan Melayu, suasana Kopitiam, kebun durian serta tarian naga.

Sementara itu, seorang pelajar Sekolah Menengah King Edward VII di sini Ng Jun Wei, 15, berkata pameran 3D itu sangat bagus dan menarik untuk dikunjungi.

“Pameran ini memberi maklumat mengenai sejarah kehidupan masyarakat zaman dahulu dan saya amat gembira kunjung ke muzium ini” katanya.

Bagi pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Treacher Methodist, Batrisyia Qistina Razally, 15, paparan suasana kehidupan ditampilkan berbeza dengan sekarang dan ia merupakan tarikan pengunjung. – BERNAMA

Tags: Taiping
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Taiping Ketiga Paling Lestari Di Dunia

07/03/2019
0

BANDAR Taiping, Perak telah diiktiraf sebagai bandar ketiga paling lestari di dunia dalam Anugerah 100 Destinasi Paling Lestari 2019 sempena...

Mayat Warga Emas Terapung Di Taman Tasik Taiping

18/09/2017
0

TAIPING - Mayat seorang warga emas ditemui terapung dalam tasik di Taman Tasik Taiping, tengah hari tadi oleh orang awam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd