• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Lelaki Reput Ditemui Dengan Tembakan Di Dahi

oleh AK-47
22/11/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KECOH apabila gambar penemuan mayat yang ditemui dengan kesan ikatan di leher dan tembakan di dahi dimuat naik di laman sosial hari ini.

Menerusi akaun Facebook Koo Tan Bo, individu ini memuat naik dua keping gambar mayat seorang lelaki di tebing sungai dalam keadaan mengerikan dipercayai di pekan lama Sungai Petani, Kedah.

Mayat lelaki yang memakai seluar pendek berwarna biru ditemui dalam keadaan muka yang membengkak dan bahagian kiri badan yang semakin mereput.

Mayat Lelaki Reput Dengan Kesan Ikatan Di Leher

Pelbagai reaksi yang diberikan netizen dan ada yang menganggap ianya adalah kes bunuh berdasarkan keadaan mayat yang berlumuran darah di bahagian muka.

Dalam ruangan komen, netizen turut berkongsi gambar beberapa kenderaan anggota polis dan orang ramai memenuhi tempat kejadian.

Netizen turut membuat andaian mayat itu merupakan mangsa pembunuhan berikutan penemuan kesan tembakan di bahagian dahi.

“Kes bunuh nie, tengok macam bertali di tengkuk dan dahi si mati berlubang, kemungkinan di tembak boleh jadi,” tulis Aamir Salman.

Bagaimanapun, media tempatan melaporkan, mayat lelaki tersebut ditemui kira-kira jam 11.30 pagi tadi oleh orang ramai selepas terkejut dengan kehadiran sekumpulan biawak mengerumuni satu objek di tebing sungai belakang sebuah kuil di Taman Bersatu.

Difahamkan, berdasarkan keadaan mayat yang sudah mereput, mangsa dipercayai meninggal dunia empat hari lalu.

Pemeriksaan pada badan mayat mangsa mendapati terdapat serpihan simen yang diikat menggunakan tali wayar di leher dan tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui.

Mayat mangsa dihantar ke hospital bagi mengenal pasti identiti dan untuk tujuan bedah siasat. – MYNEWSHUB.CC

*Video sekadar hiasan.

Tags: Ikatanlehermayat reput
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Reput Ditemukan Terapung

Mayat Reput Ditemukan Terapung

17/02/2024
0

Sarikei : Sekumpulan pekerja feri terkejut apabila menjumpai mayat dalam keadaan tidak sempurna dan sudah mereput terapung di Sungai Sian...

Bau Busuk Bongkar Penemuan Mayat Berulat Dengan Kesan Luka Di Leher

Bau Busuk Bongkar Penemuan Mayat Berulat Dengan Kesan Luka Di Leher

18/09/2023
0

ALOR GAJAH : Mayat tanpa identiti dalam keadaan berulat dan hampir reput dipercayai mangsa bunuh ditemui dalam semak berhampiran kebun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd