• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM: Masyarakat Sudah Bosan Dengan Kumpulan Bersih

oleh Ahmad Albab
21/11/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LIMA (Peru) – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau melihat masyarakat Malaysia sudah bosan dengan kumpulan Bersih atau merasakan tindak-tanduk perhimpunan yang dipromosikan kumpulan berkenaan tidak memberi faedah kepada negara.

Diminta mengulas perhimpunan Bersih 5 di Kuala Lumpur pada Sabtu, beliau berkata tindakan untuk menumbangkan kerajaan cara sedemikian adalah tidak sah dari segi perlembagaan dan undang-undang.

“Kita sebagai rakyat Malaysia mestilah menjunjung prinsip kedaulatan undang-undang. Kalau tidak, negara kita jadi negara huru hara, rakyat yang menderita,” katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan sempena penyertaan beliau pada Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di sini Sabtu.

Mengulas kehadiran Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam Bersih 5, Najib berkata ia menunjukkan Dr. Mahathir akan melakukan perkara-perkara yang berbeza dengan apa yang dilakukannya ketika menjadi Perdana Menteri.

Beliau juga berkata apa yang disuarakan oleh Dr. Mahathir mengenai kedudukan ekonomi negara adalah cakap-cakap politik tanpa disokong oleh fakta serta agensi penarafan dan badan antarabangsa seperti Tabung Kewangan Dunia (IMF) atau Bank Dunia.

“Jika kita ada krisis ekonomi sudah tentu agensi penarafan akan turunkan rating.

“IMF dan Bank Dunia akan tegur dan bincang langkah yang perlu dilakukan oleh kerajaan,” kata Najib.

Beliau menegaskan tiada tindakan oleh agensi antarabangsa itu membuktikan urus tadbir negara berjalan dengan baik.

“Tiada sebab mengapa kita rasa cemas,” katanya.

Najib menegaskan bahawa kerajaan akan terus fokus kepada pentadbiran bagi memastikan setiap program yang dirancang sampai kepada rakyat. – BERNAMA

Tags: BersihNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bersih Sudah Seperti Keluarga Sendiri, Kata Fahmi

Bersih Sudah Seperti Keluarga Sendiri, Kata Fahmi

03/08/2024
0

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menjelaskan dia tidak berniat untuk menyebut nama Bersih sebagai antara pihak yang tidak hadir ke sesi...

Bersih Gesa K’jaan Bebaskan Tahanan Protes Air Sabah

Bersih Gesa K’jaan Bebaskan Tahanan Protes Air Sabah

18/06/2024
3

Gabungan NGO untuk pilihan raya bersih dan adil (Bersih) menuntut pihak berkuasa membebaskan sembilan individu tanpa dokumen yang ditahan ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd