• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, December 7, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Masyarakat Perlu Bijak Nilai Isu Elak Perpecahan Rakyat

oleh Ahmad Albab
06/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERI ISKANDAR – Masyarakat perlu bijak dan adil dalam menilai sesuatu isu terutamanya yang menyentuh sensitiviti kaum yang tersebar di dalam media sosial bagi mengelak berlakunya perpecahan perpaduan rakyat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup berkata isu yang belum pasti kesahihannya amat mudah mempengaruhi minda dan membawa kepada pemikiran negatif.

“Adalah dikhuatiri isu-isu yang belum pasti sahih, tidak benar, berunsur provokasi atau berbaur fitnah yang tersebar luas akan mendatangkan kacau bilau dan akhirnya menganggu gugat kestabilan negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Minggu Perpaduan Peringkat Negeri Perak di sini, hari ini.

Beliau berkata senario masa kini menyaksikan penggunaan media sosial menjadi begitu popular dalam kalangan masyarakat kerana pelbagai maklumat dapat diakses dengan mudah.

“Penggunaan media sosial boleh mendatangkan kemudaratan kepada masyarakat. Rakyat boleh mengkritik sesuatu perkara yang memberi kebaikan kepada semua tetapi perlu mengelakkan sesuatu kritikan yang boleh merosakkan perpaduan,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, badan bukan kerajaan, komuniti dan masyarakat perlu memainkan peranan dalam mempromosikan perpaduan secara konsisten dan efisyen, bukan hanya dipertanggungjawabkan kepada pihak kerajaan sepenuhnya.

Kurup berkata inisiatif seperti memperbanyak slogan perpaduan wajar diperluas dan dilaksana di seluruh negara bagi menyemarakkan semangat cintakan negara serta meletakkan perpaduan dan kemakmuran negara sebagai asas utama.

“Slogan perpaduan diyakini mampu mempengaruhi minda atau pemikiran serta nilai individu ke arah yang lebih positif.

“Hasilnya, masyarakat dengan sikap yang positif dapat dibentuk seiring dengan pemikiran yang positif. Dengan cara ini, usaha kita untuk meningkat dan mengukuhkan perpaduan negara dapat dicapai,” katanya.- BERNAMA

Tags: Joseph Kurup
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Demonstrasi Haram Musnah Kehormonian Negara – Joseph

27/11/2016
0

NIBONG TEBAL - Demonstrasi haram boleh memusnahkan keharmonian negara dan penunjuk perasaan tidak menghormati undang-undang, kata Menteri di Jabatan Perdana...

Program Intergrasi Komuniti Diperkasakan – Kurup

04/04/2016
0

PUTRAJAYA - Program Integrasi Komuniti yang diadakan pada setiap sesi persidangan Parlimen akan diteruskan serta diperkasakan, kata Menteri di Jabatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd