• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Masih Terlalu Awal Nyata Pendirian Pentadbiran Trump

oleh Ahmad Albab
23/11/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan berpandangan masih terlalu awal untuk menyatakan pendirian negara ini terhadap dasar pentadbiran Presiden Amerika Syarikat yang baru dipilih, Donald Trump.

Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata ini berikutan proses peralihan pentadbiran baru bermula dan Trump hanya akan dilantik secara rasmi pada 20 Jan tahun depan.

“Trump hanya akan memulakan tugasnya mentadbir kerajaan selepas beliau dilantik secara rasmi,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat ketika menjawab pertanyaan Sim Tze Tzin (PKR-Bayan Baru) mengenai pendirian dan dasar kerajaan terhadap presiden Amerika Syarikat yang baharu itu.

Reezal berkata hubungan kerjasama dua hala antara Malaysia dan Amerika Syarikat terbina atas dasar saling hormat-menghormati antara satu sama lain selain kerjasama erat dalam aspek perdagangan, pelaburan, pertahanan dan keselamatan.

“Hubungan dua hala dengan Amerika Syarikat meningkat ke tahap ‘comprehensive partnership’ pada 2014 dalam pelbagai bidang kerjasama yang memberikan pelbagai manfaat kepada hubungan dua hala,” katanya.

Jelas Reezal, Malaysia akan meneruskan kerjasama dengan pentadbiran baharu Amerika Syarikat untuk memastikan kesinambungan hubungan kerjasama dua hala terus kukuh dan kepentingan negara terjamin pada masa depan. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Shamsul Iskandar Baca Talkin Pilihan Raya, “Wahai Pengundi Johor…”

Shamsul Iskandar Baca Talkin Pilihan Raya, “Wahai Pengundi Johor…”

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – "Wahai pengundi-pengundi Johor.. akan datang kepada kamu Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN). Janganlah kamu merasa gerun...

Projek Persekutuan PRR Larkin, PRR Kluang Sampai Sekarang Belum Mula – Mohd Jafni

Projek Persekutuan PRR Larkin, PRR Kluang Sampai Sekarang Belum Mula – Mohd Jafni

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor menyifatkan kenyataan Perdana Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd