• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mansuh Subsidi Bahan Api Fosil Tak Ubah Landskap

oleh AK-47
22/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bukan sekadar memansuhkan subsidi bahan api fosil, malah Malaysia juga memerlukan masa dan pelaburan untuk mengubah landskap tenaganya bagi mengguna pakai tenaga bersih, kata Perbadanan Teknologi Hijau Malaysia (GreenTech Malaysia).

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ir Ahmad Hadri Haris berkata secara realistiknya perubahan ini memerlukan masa dan pelaburan untuk benar-benar mengubah landskap tenaga Malaysia sedia ada.

Malaysia bagaimanapun katanya kini menuju arah yang betul.

“Dalam tempoh peralihan ini, perniagaan perlu mula meneroka kaedah untuk mengurangkan penggunaan tenaga dan menggabungkan sistem penggunaan tenaga yang cekap dan tenaga hijau secara berperingkat,” katanya kepada Bernama.

Pada Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di Marrakech, Magribi minggu lepas, Setiausaha Agung pertubuhan itu, Ban Ki-Moon, menggesa semua negara memansuhkan subsidi bahan api fosil bagi mempercepatkan peralihan kepada tenaga bersih.

Ahmad Hadri berkata GreenTech Malaysia melihat secara positif cadangan PBB itu memandangkan langkah itu akan menggalakkan kesedaran yang lebih tinggi ke atas sumber serta menggalakkan penggunaan teknologi dan tenaga hijau.

“Malaysia bersetuju dengan cadangan ini, selari dengan pendekatan pemansuhan subsidi bahan api fosil secara berperingkat yang diputuskan sejak 2014.

“Sebagai contoh, subsidi petrol dan tarif elektrik sudah diselaraskan untuk mencerminkan harga pasaran,” katanya.

Bagaimanapun, Ahmad Hadri berkata pemansuhan subsidi bahan api fosil perlu dilaksanakan secara berhati-hati bagi memastikan ia tidak terlalu membebankan rakyat, dengan penjimatan daripada pemansuhan subidi itu disalurkan untuk inisiatif utama yang secara langsungnya meningkatkan taraf hidup golongan berpendapatan rendah.

“Perlu ditegaskan bahawa walaupun pemansuhan subsidi bahan api fosil ternyata merupakan langkah yang baik, ia masih tidak menangani kos luaran pelepasan karbon,” katanya.

Bagi mengubah landskap tenaga negara secara menyeluruh dan mampan, beliau menegaskan mengenai perlunya rangka kerja kawal aturan dan dasar yang menyokong selain skim pembiayaan dan insentif yang menarik bagi meningkatkan pertumbuhan pasaran tenaga hijau.

Beliau berkata antara contohnya ialah pertumbuhan pesat industri solar yang kejayaanya disokong oleh Akta Tenaga Boleh Baharu 2011, Tarif Galakan dan program Meter Tenaga Bersih yang baru diperkenalkan.

Awal tahun ini, kerajaan juga memperkenalkan Elaun Cukai Pelaburan (ITA) dan Pengecualian Cukai Pendapatan (ITE), yang membolehkan syarikat menuntut elaun cukai bagi pembelian peralatan atau aset teknologi hijau, dan bagi penyedia perkhidmatan teknologi hijau untuk menuntut pengecualian cukai.

Selain itu, katanya GreenTech Malaysia menyokong peralihan ke arah mobiliti mampan menerusi penggunaan kenderaan elektrik (EV) serta memudahkan pertumbuhan sektor EV melalui pemasangan lebih 100 stesen ChargEV, rangkaian stesen pengecas GreenTech Malaysia sendiri, setakat ini.

Seorang penganalisis minyak dan gas berkata perubahan drastik kepada penggunaan tenaga bahan api bukan fosil agak sukar memandangkan kos infrastruktur tenaga hijau yang mahal seperti solar dan hidro yang akan memberi impak ke atas taraf hidup rakyat.

“Jika kerajaan mahu memansuhkan subsidi bagi sektor menghasilkan tenaga, ia akan menyebabkan bekalan elektrik lebih mahal, ia akan menaikkan bil secara mendadak,” katanya.

Beliau bagaimanapun berpendapat penggunaan gas asli boleh dianggap sebagai bersih memndangkan ia melepaskan karbon yang rendah berbanding arang batu yang menjana lebih 50 peratus tenaga elektrik negara.

“Gas asli, mengikut definisi, masih bahan api fosil namun apabila anda membakar gas asli, pelepasan karbon sangat rendah dan pelepasan sulfur juga rendah. Inilah kelebihan gas asli,” katanya.

Namun, kedudukan pasaran semasa minyak dan gas (O&G) yang rendah, membuka ruang untuk kerajaan menggalakkan tenaga bersih bukan fosil secara aktif dan kurang menjejaskan pendapatan,” katanya.

Beliau berkata kerajaan telah mengurangkan pergantungan ke atas sumbangan perolehan daripada royalti dan dividen O&G, tidak termasuk cukai, kepada 11 peratus berbanding lebih 33 peratus beberapa tahun lepas.

Menurutnya penggunaan tenaga hijau akan mengambil masa dan kesannya hanya akan dirasai selepas beberapa tahun.

“Anda tidak boleh menjangkakan orang akan berubah semalaman, daripada pengguna bahan api fosil kepada kenderaan elektrik,” katanya. – BERNAMA

Tags: Ir Ahmad Hadri HarisSubsidi Bahan Api Fosil
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd