• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malindo Air Tawar Promosi Tambang Rendah

oleh Ahmad Albab
18/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malindo Air menawarkan satu juta tempat duduk dengan promosi tambang rendah bermula daripada RM69, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Subang ke semua rangkaian destinasinya.

“Promosi tambang rendah, sehala merangkumi semua, bermula daripada RM69 bagi Kelas Ekonomi dan RM199 bagi Kelas Perniagaan untuk penerbangan KLIA/Subang ke Pulau Pinang atau Kuala Terengganu atau Langkawi atau Johor Bahru.

“Dari KLIA ke Singapura atau Bangkok atau Hanoi, tambang yang ditawarkan ialah RM109 bagi Kelas Ekonomi dan RM359 bagi Kelas Perniagaan, manakala dari KLIA ke Perth atau Kochi atau Hong Kong, tambang ditetapkan pada RM299 bagi Kelas Ekonomi dan RM799 bagi Kelas Perniagaan,” kata Malindo dalam satu kenyataan hari ini.

Promosi ini sah mulai hari ini hingga 27 Nov, 2016 bagi tempoh perjalanan dari 1 Jan hingga 30 Sept 2017.

Malindo menjangkakan sambutan yang amat baik memandangkan tambang rendah itu disertakan nilai tambah penawaran dan perkhidmatan di seluruh rangkaiannya yang pesat bekembang di Asia dan Australia, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Chandran Rama Muthy.

Promosi ini adalah untuk meraikan kejayaan Malindo Air yang dipilih sebagai Syarikat Penerbangan Serantau Asia Pasifik Terbaik pada majlis Anugerah Kecemerlangan Penerbangan Asia Pasifik CAPA 2016 yang diadakan baru-baru ini di Singapura. – BERNAMA

Tags: Malindo Air
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malindo Air Perkenal Laluan Penerbangan Kota Bharu-Langkawi

05/01/2022
0

KUALA LUMPUR : Malindo Air membuka tempahan untuk laluan penerbangan baharu Kota Bharu-Langkawi-Kota Bharu bermula 27 Januari ini. Malindo Air...

Malindo Air Gantung Penerbangan Ke Tianjin, Guangzhou

03/02/2020
0

KUALA LUMPUR - Malindo Air menggantung dua lagi penerbangan antarabangsa antara Malaysia dan China berikutan penularan novel koronovirus 2019 di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd