Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Pemilihan Kongres Ke-53: Gabungan...

BANGI - Anggota gabungan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) perlu bersikap rasional dan memilih...

RUU Kesalahan Seksual Kanak-Kanak...

KUALA LUMPUR - Rang Undang-undang (RUU) Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 diluluskan Dewan...

4 Bekas Pemain T-Team...

KUALA TERENGGANU - Empat bekas pemain bola sepak pasukan T-Team hari ini mengaku...

Rasuah: 2 Ahli PKR...

KOTA KINABALU - Dua anggota PKR Kimanis direman enam hari bermula hari ini...

Malaysia Antara Negara Tertinggi Catat Nahas Maut

BATU PAHAT – Malaysia adalah antara negara yang mencatatkan indeks kematian akibat kemalangan jalan raya tertinggi di dunia tahun lepas.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata ini berikutan terdapat 2.55 kematian dicatatkan bagi setiap 10,000 kenderaan berdaftar di negara ini sepanjang tempoh itu.

Beliau berkata angka itu dianggap tinggi berbanding negara maju seperti United Kingdom, Sweden dan Australia yang hanya merekodkan kurang daripada dua kematian bagi setiap 10,000 kenderaan berdaftar di negara berkenaan.

“Justeru, kerajaan akan menjadikan indeks kematian di negara maju ini sebagai penanda aras kepada usaha Malaysia mengurangkan kematian di jalan raya.

“Tidak dinafikan peningkatan kematian turut disumbangkan oleh pertambahan pengguna jalan raya, tetapi apa yang pasti hampir keseluruhan punca kemalangan disebabkan kecuaian pemandu itu sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Hari Memperingati Mangsa Kemalangan Jalan Raya Peringkat Kebangsaan dan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) Kluster Keselamatan Jalan Raya di sebuah pusat membeli-belah di sini hari ini.

Abdul Aziz berkata bagi menangani peningkatan kadar kematian itu, kementeriannya akan menggunakan pendekatan berbeza bagi meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap keselamatan jalan raya.


“Kementerian akan memilih kawasan-kawasan tempatan untuk menjalankan beberapa perkara termasuk memahami keadaan keselamatan jalan raya semasa, memahami ciri-ciri tempatan yang mempengaruhi keselamatan dan mencadangkan intervensi dan aktiviti bagi mencapai hasil,” katanya.

Katanya pendekatan itu telah diterjemah ke dalam bentuk penyediaan Pelan Strategik Keselamatan Jalan Raya Peringkat Parlimen Sri Gading dan diharap dapat menjadi perintis dalam mengurangkan kadar kemalangan dan kematian akibat kemalangan jalan raya.

Sementara itu, dalam sidang media kemudiannya, Abdul Aziz memberitahu kerajaan tidak bercadang untuk menaikkan had laju kenderaan di lebuh raya yang ditetapkan sehingga 110 kilometer sejam pada masa ini.

Ini kerana ia hanya akan menaikkan kadar kemalangan di Malaysia sebanyak dua kali ganda berbanding kadar sekarang. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori