Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Jika Tiada Mayat QZ8501,...

 SURABAYA– Selepas hampir dua minggu sibuk bertugas mengenal pasti identiti mayat, selain duduk...

Lebuhraya Bayan Lepas Dibuka...

GEORGE TOWN - Laluan bertingkat Lebuhraya Bayan Lepas (BLE) dibuka kepada pengguna hari...

Actions to Creating an...

Writing an opening is straightforward, but you will need some exercise to improved...

Sweet.. Selfie Dua Pemimpin...

Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib Tun Razak berkongsi gambar selfie bersama Presiden Baharu...

Lufya Sah Bergelar Isteri Doktor Kacak

TAHNIAH diucapkan buat pelakon Lufya Omar yang sah bergelar isteri kepada doktor kacak, Muhammad Hafiz Che Baharom, semalam.

Majlis pernikahan pasangan mempelai itu diadakan di Laman Cinta Nirwana, Ampang.

Tepat jam 8.32 malam, pasangan itu sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz, yang dinikahkan oleh bapa Lufya, Sheikh Omar Sheikh Abdullah.

Aktres itu menerima mas kahwin RM2,000 sementara wang hantaran dirahsiakan.

Menurut Lufya, kebijaksanaan dan sikap penyayang Hafiz merupakan antara kriteria yang menyebabkannya tertawan kepada suami selain kekacakan doktor muda itu.

“Saya bersyukur dipertemukan jodoh dengan lelaki kacak dan lebih utama dia sangat menghormati ahli keluarga dan mempunyai ciri-ciri suami yang baik. Hatinya sangat baik.

“Dia juga seorang yang bijak, penyayang, happy go lucky, penyabar dan romantik,” ulas Lufya dipetik Berita Harian. – MYNEWSHUB.CC


TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori