• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Logo Halal Baharu Hanya Akan Kelirukan Pengguna

oleh Ahmad Albab
02/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR SALAK – Malaysia tidak memerlukan logo halal baharu untuk memasarkan produk Muslim kerana ia hanya akan mengelirukan pengguna, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Beliau berkata logo halal sedia ada yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sudah memadai malah ia turut mendapat pengiktirafan antarabangsa.

“Pakai saja logo halal sedia ada daripada Jakim,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutupan program perangi dadah habis-habisan anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), di sini hari ini.

Tajuddin mengulas cadangan Anggota Parlimen Padang Besar Datuk Zahidi Zainul Abidin supaya kerajaan mewujudkan logo halal khusus untuk produk-produk Muslim yang dikeluarkan oleh usahawan industri kecil dan sederhana Islam.

Cadangan sama turut dibuat Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM) dengan kerjasama Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda).

Dalam perkembangan lain, Tajuddin yang juga Anggota Parlimen Pasir Salak mencadangkan agar kerajaan mengkaji semula kaedah penguatkuasaan serta pencegahan penyalahgunaan dadah.

Beliau berkata kaedah termasuk program pameran yang dilaksanakan ketika ini dilihat sudah kurang relevan memandangkan jumlah penagih yang terus meningkat.

“Segala kemudahan dan kecanggihan teknologi masa kini harus digunakan bagi mendidik tentang bahaya dadah melalui media baharu selain kaedah konvensional, sekali gus dapat mencapai matlamat kempen untuk memerangi dadah”.

Tajuddin turut menegur segelintir ibu bapa yang kurang bekerjasama dengan polis dan AADK jika anak mereka terjebak dengan penyalahgunaan dadah. – BERNAMA

Tags: Halallogo
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

4 Negeri Di Bawah PN Mungkin Guna Logo, Tema Hari Kebangsaan Berbeza

4 Negeri Di Bawah PN Mungkin Guna Logo, Tema Hari Kebangsaan Berbeza

19/08/2023
0

KUALA LUMPUR: Empat negeri di bawah pemerintahan Perikatan Nasional (PN) mungkin menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan yang berbeza untuk...

Elon Musk Mahu Tukar Logo Twitter

Elon Musk Mahu Tukar Logo Twitter

24/07/2023
0

WASHINGTON – Manusia paling kaya di dunia. Elon Musk semalam menyatakan bahawa beliau merancang untuk menggantikan logo Twitter, lapor portal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd