• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lima Kes Baharu Malaria Dikesan Di Pos Kemar

oleh Ahmad Albab
28/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Lima lagi kes malaria dikesan di penempatan Orang Asli Pos Kemar, Gerik menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 84 kes berbanding 79 kes semalam.

Pengarah Kesihatan Perak, Datuk Dr Juita Ghazalie berkata jumlah pesakit yang dimasukkan ke hospital kekal 77 orang iaitu 65 pesakit di Hospital Gerik manakala 12 orang di Hospital Kuala Kangsar.

“Dua orang pula diberi rawatan oleh kakitangan hospital di rumah pesakit sendiri manakala lima orang masih dalam proses penghantaran ke hospital,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata sehingga kini tiada pesakit yang dibenarkan keluar dari hospital memandangkan mereka belum sihat sepenuhnya.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan, Integrasi Nasional, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu Negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata jumlah pesakit di perkampungan itu dijangka terus meningkat berikutan ujian slaid darah yang dijalankan kepada penduduk belum diperoleh sepenuhnya.

Ini kerana terdapat penduduk yang enggan menjalani ujian tersebut kerana merasa takut serta tidak mahu mendapatkan rawatan di hospital, katanya. – BERNAMA

Tags: malaria
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malaria Zoonotik Ancaman Baharu Malaysia

25/04/2022
0

KUALA LUMPUR : Malaysia sedang menghadapi ancaman baharu yang serius dalam jangkitan malaria iaitu peningkatan jangkitan malaria zoonotik. Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram...

Pekerja Warga Asing Disyaki Punca Kes Malaria Di Ampang

27/06/2020
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) mengesyaki kes malaria membabitkan 14 individu termasuk seorang warga tempatan di Ampang, Selangor, berpunca...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd