• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki OKU Kesal Disaman Kerana Parkir Petak OKU

oleh AK-47
09/11/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ADAKAH menjadi satu kesalahan apabila individu yang telah berdaftar sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) meletakkan kenderaan mereka di petak OKU? Inilah persoalan yang ditimbulkan seorang lelaki OKU selepas keretanya disaman penguatkuasa di Jalan Tenaga, Seberang Jaya, pagi tadi.

Kesal dengan tindakan penguatkuasa tempatan itu, lelaki yang menggunakan nama akaun Facebook Tuan Anas Mikael memuat naik beberapa keping gambar termasuk surat saman dan pelekat OKU dengan kapsyen mahukan netizen menilai sendiri situasi yang dihadapinya.

Jelasnya, dia disaman kerana meletakkan kenderaan di dalam petak OKU walaupun sudah jelas di hadapan cermin keretanya sudah diletak pelekat OKU.

Kesalahannya adalah dibawah Perintah 20 (2) iaitu ingkar tanda dan isyarat di tempat letak kereta.

“OKU kena saman sebab parking kat petak OKU..hampa (anda) nilai sendiri la tahap kebodohan dia macam mana..ni la payah dah bagi kuasa menyusahkan orang.

“Siapa yang kenal mamat yang saman aku ni hampa (anda) tolong pesan kat dia kalau rabun pakai spec jangan dok menyusahkan orang sangat..maap la cakap kasaq..memang sakit hati,” katanya yang sudah memperolehi kad OKU sejak 10 tahun lepas.

Menurutnya, disebabkan kejadian itu, dia terpaksa ke pejabat Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) untuk menyelesaikan saman dan membuat aduan sekaligus menjelaskan keadaan sebenar.

Dia bagaimanapun mengakui ada sesetengah rakyat negara ini yang menggunakan petak OKU sewenang-wenangnya tetapi penguatkuasa perlulah peka sekiranya kenderaan tersebut sudah mempunyai pelekat OKU atau sebaliknya sebelum mengeluarkan saman.

Netizen turut berkongsi pendapat mereka dengan menyatakan kad OKU perlu diletakkan di tempat yang mudah dilihat sekiranya meletakkan kenderaan di petak OKU kerana pelekat OKU itu mudah diperolehi dan boleh disalahgunakan.

Namun, Tuan Anas Mikael menjelaskan, kad tersebut turut digunakan untuk urusan lain dan tidak boleh ditinggalkan dengan mudah.

Ada netizen juga mahukan penguatkuasa tersebut dikenakan tindakan kerana mengeluarkan saman tanpa usul periksa.

Bagaimanapun, lelaki tersebut dalam posting terbarunya sudah memaafkan penguatkuasa tersebut sekaligus memadamkan status tersebut.

“Harap lepas ni tak jadi lagi la benda macam ni..kalau nak buat sticker khas or apa make sure maklumat tu sampai kat semua OKU..tak semua OKU taw pasal sticker khas tu,” tulisnya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: OKUPulau Pinangsaman parkir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Harus Bersyukur, Elak Bersikap Kufur – PMX Anwar

Rakyat Harus Bersyukur, Elak Bersikap Kufur – PMX Anwar

25/07/2026
0

PERMATANG PAUH - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan rakyat harus bersyukur kepada Allah S.W.T dengan pelbagai kejayaan yang...

“PH Nak Jadikan Johor Seperti Pulau Pinang dan Selangor Macam Pelik”

“PH Nak Jadikan Johor Seperti Pulau Pinang dan Selangor Macam Pelik”

02/07/2026
0

BATU PAHAT – Dakwaan calon Pakatan Harapan (PH) DUN Senggarang, Onn Abu Bakar konon Pakatan Harapan (PH) mampu membawa pembangunan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd