• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Cuba Pecah Rumah Meninggal Dunia

oleh Ahmad Albab
14/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR GAJAH – Seorang lelaki dipercayai baru memecah masuk sebuah rumah tidak berpenghuni di Jalan Ayer Paabas, Paya Datok di sini, meninggal dunia akibat serangan asma, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, mayat lelaki berusia 39 tahun itu ditemui penduduk yang secara kebetulan melalui kawasan belakang rumah berkenaan, sebelum membuat laporan polis.

Jurucakap polis berkata, sejurus menerima maklumat sepasukan anggota, termasuk unit forensik bergegas ke tempat kejadian dan mendapati, mayat lelaki itu berada dalam keadaan tersandar pada rak belakang rumah terbabit.

Katanya, siasatan awal mendapati terdapat kesan pecah masuk pada zink rumah dan lelaki berkenaan dipercayai masuk melalui bumbung dan keluar menggunakan pintu belakang, sebelum meninggal dunia.

“Kediaman itu adalah rumah pusaka milik seorang lelaki dan pemiliknya hanya pulang pada hujung minggu, manakala si mati dipercayai memecah masuk untuk mencuri barangan berharga.

“Pemeriksaan tidak menemui sebarang kecederaan akibat pergelutan dan hanya ada kesan luka pada siku dan beberapa bahagian badan lain.

Siasatan juga mendapati, lelaki ini turut mempunyai empat rekod jenayah lalu berkaitan kes curi dan dadah,” katanya.

Beliau berkata, polis turut menemui barangan kepunyaan pemilik rumah itu dan sejumlah kecil dadah berhampiran lelaki terbabit, selain tangan kirinya masih erat memegang alat sedutan ‘ventolin’ bagi penghidap penyakit asma.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim, ketika dihubungi hari ini mengesahkan kejadian dan berkata, mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat.

“Hasil laporan bedah siasat mendapati lelaki ini meninggal dunia antara tiga hingga lima jam, sebelum ditemui dan turut disahkan mengalami serangan asma. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. – Berita Harian

Tags: pecah rumah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pelajar Bukan Orang Gaji Minta Padamkan Papan Hitam

Next Post

Malaysia Serius Dalam Mengurangkan Pemanasan Global

Related Posts

Polis Buru Lima Suspek Cuba Pecah Rumah

Polis Buru Lima Suspek Cuba Pecah Rumah

16/06/2025
0

KAJANG – Polis sedang memburu sekumpulan lima lelaki yang dipercayai cuba memecah masuk sebuah rumah di sini pada Sabtu lalu. Ketua...

Wanita Rohingya Ada 54 Rekod Pecah Rumah, Suami Didakwa Simpan Harta Curi

Wanita Rohingya Ada 54 Rekod Pecah Rumah, Suami Didakwa Simpan Harta Curi

03/12/2024
0

BATU PAHAT: Wanita etnik Rohingya yang baru habis berpantang dan memiliki 54 rekod jenayah termasuk kes pecah rumah didakwa bersama...

Next Post

Malaysia Serius Dalam Mengurangkan Pemanasan Global

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd