• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 770,000 Tan Daging Lembu Diimport Sejak 2011

oleh Ahmad Albab
15/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sejumlah 771,719 metrik tan daging lembu dan kerbau diimport bagi menampung permintaan pengguna di negara ini sejak 2011 hingga Jun tahun ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata jumlah import daging lembu dan kerbau tertinggi direkodkan pada 2015 iaitu 162,075 metrik tan berbanding 147,150 metrik tan pada tahun sebelumnya.

“Saya akui negara menghadapi masalah kekurangan daging lembu dan kerbau lebih kurang 70 peratus namun kerajaan akan terus berusaha menangani situasi tersebut. Kini kadar pergantungan telah turun kepada 60 peratus,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz (DAP-Raub) yang mahu tahu jumlah daging lembu, kerbau serta lembu hidup yang diimport selain jumlah syarikat yang diberikan permit untuk mengimport bahan komoditi itu.

Menurut Tajuddin, sejumlah 523,517 ekor lembu hidup diimport sejak 2011 hingga Jun tahun ini.

Katanya, 30 daripada 38 syarikat yang diberi permit untuk mengimport lembu pedaging pada 2015 merupakan syarikat bumiputera.

“Bagi pengimport daging lembu dan kerbau pula, sebanyak 90 syarikat terlibat pada 2015 dengan 23 syarikat adalah syarikat bumiputera manakala bakinya syarikat bukan bumiputera,” katanya. – BERNAMA

Tags: dagingKerajaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - "Sebagai rakyat Malaysia, kita bersyukur dengan usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan demi kestabilan ekonomi negara" Demikian...

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Memang sejak dulu peningkatan harga minyak disebabkan oleh faktor global, bukan kerana kerajaan sesuka hati mahu menaikkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd