• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 48,000 Penceraian Pasangan Islam Dari Jan-Julai

oleh Ahmad Albab
14/11/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 48,077 kes perceraian melibatkan pasangan beragama Islam direkodkan sejak Januari hingga 10 Julai tahun ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun berkata daripada jumlah itu, tiga negeri yang mencatatkan kes tertinggi adalah Selangor (7,731) diikuti Sabah (6,638) dan Johor (4,700).

“Kajian mendapati kebanyakan perkahwinan kali pertama yang berakhir dengan perceraian atau perpisahan adalah dalam tempoh lima tahun dan ke bawah.

“Antara punca yang dikenal pasti adalah tiada persefahaman (56.2 peratus), suami tidak bertanggungjawab (15.2 peratus) dan isteri curang (11.8 peratus),” katanya menjawab soalan Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Siti Zailah bertanya mengenai statistik terkini perceraian di negara ini sejak 2014 hingga 2016 mengikut pecahan negeri dan bangsa serta kaedah yang akan diambil kementerian bagi menangani perkara tersebut.

Azizah berkata menyedari masalah tersebut, pihaknya melaksanakan pelbagai usaha bagi memantapkan institusi perkahwinan termasuk menyediakan perkhidmatan kaunseling kekeluargaan, diselia Unit Kaunseling Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di setiap negeri.

Beliau berkata unit kaunseling itu dikendalikan 17 kaunselor dan 61 kaunselor panel bertauliah.

Menurut Azizah, kementeriannya juga akan menambah baik modul kursus perkahwinan sedia ada dengan mengambil kira aspek media sosial yang mampu menjadi punca utama krisis rumahtangga sehingga menyebabkan berlakunya perceraian. – BERNAMA

Tags: cerai
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kamal, Uqasha Sah Bercerai Talak Satu

Kamal, Uqasha Sah Bercerai Talak Satu

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, pada...

Suami Orang Dakwa Dalam Proses Cerai, Dicekup Berkhalwat Bersama Janda

Suami Orang Dakwa Dalam Proses Cerai, Dicekup Berkhalwat Bersama Janda

20/12/2025
0

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki berstatus suami orang dan seorang wanita berstatus janda dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd