Sunday, May 12, 2024

Creating liberating content

Minggu Terakhir Sidang Dewan...

KUALA LUMPUR - Persidangan minggu terakhir Dewan Rakyat yang berakhir semalam mencipta sejarah...

Di Mana Anda Boleh...

BENCANA banjir yang menimpa negara terutama di Pantai Timur, membuatkan ramai pengguna ingin mengetahui maklumat semasa...

Kecoh Zizie Ezette Buka...

LAMA tidak mendengar khabar pelakon cantik ini. Selepas berkahwin dengan ahli politik, Datin...

M’sia-Ukraine Setuju Tubuh Suruhanjaya...

PUTRAJAYA - Malaysia dan Ukraine bersetuju untuk mempercepatkan penubuhan suruhanjaya perdagangan bersama bagi...

Lebih 3,000 Mohon Semak Semula Keputusan UPSR

JERANTUT – Sebanyak 3,495 permohonan semakan semula keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 diterima hingga semalam, kata Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata daripada jumlah itu sebanyak 202 permohonan adalah daripada ibu bapa ataupun penjaga yang anak mereka memperoleh 5A manakala yang mendapat 7A pula terdapat 79 permohonan.

“Selebihnya 3,214 adalah permohonan yang anak mereka mendapat lain-lain gred. (Jumlah) Semakan semula UPSR tahun ini dan tahun lalu adalah lebih kurang sama,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Guru Bersama Masyarakat: ‘Guru Pembina Negara Bangsa’ peringkat negeri dekat sini, hari ini.

Turut hadir Anggota Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris dan Pengarah Pendidikan Pahang, Datuk Rosdi Ismail.


Mahdzir berkata tarikh akhir permohonan semakan semula itu adalah pada 17 Dis ini dan keputusannya boleh didapati dalam tempoh sebulan selepas permohonan tersebut dikemukakan.

Dalam pada itu, Mahdzir berkata kementeriannya menyasarkan tambahan 600 lagi sekolah rendah dan menengah menyertai Program Dwibahasa atau Dual Language Programme (DLP) tahun depan.

“Kita sudah ada 300 sekolah yang terlibat dalam DLP ini, jadi dengan sasaran kita ini, akan menjadikan keseluruhan 900 sekolah mengambil bahagian dalam DLP hingga tahun depan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori