• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 200 Premis Diperiksa, Tiada Minyak Masak Kitar

oleh Ahmad Albab
15/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan telah menjalankan pemeriksaan terhadap 214 premis pembungkus minyak masak sejak tahun lepas dan mendapati tiada bukti premis tersebut memproses atau membungkus minyak masak kitar semula.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata hasil pemeriksaan ke atas 33,352 premis makanan juga mendapati kesemua premis tersebut tidak menggunakan minyak masak kitar semula.

“Di samping itu, hasil analisa terhadap 115 sampel minyak masak dalam paket yang terdiri daripada 88 jenama di pasaran mendapati ia tidak diadukkan dengan minyak masak kitar semula,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kementerian akan meneruskan pemantauan terhadap minyak masak dalam paket di pasaran.

“Kementerian ingin menegaskan bahawa pengimportan, pengilangan dan penjualan minyak masak kitar semula adalah tidak dibenarkan di bawah Akta Makanan 1983,” katanya.

Katanya sesiapa didapati mengimport, mengilang dan menjual minyak masak kitar semula yang boleh memudaratkan kesihatan boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 13 Akta Makanan 1983.

Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-dua sekali, jika sabit kezsalahan. – BERNAMA

Tags: KKMMinyak Masak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd