• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 200 Banduan Merusuh Di Penjara Britain

oleh Ahmad Albab
08/11/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Polis Britain berusaha menyuraikan rusuhan di penjara membabitkan kira-kira 200 banduan yang tercetus beberapa hari selepas persatuan wadar memberi amaran mengenai ‘mandi darah’ di kemudahan tahanan negara itu.

Polis, ambulans dan bomba dipanggil ke penjara di Bedford, tengah England kira-kira jam 5 petang waktu tempatan pada Ahad selepas rusuhan mula tercetus.

Setiausaha Agung Persatuan Pegawai Penjara (POA), Steve Gillan menganggarkan sehingga 200 banduan terbabit.

“Wadar penjara di tempat kejadian sudah dibawa ke tempat selamat, jadi banduan berkeliaran dalam jumlah yang besar.

“Kia tidak tahu jika kejadian itu boleh berubah menjadi rusuhan besar-besaran kerana ia boleh bertukar dengan cepat dalam sekelip mata,” katanya.

Jurucakap polis berkata, jumlah wadar penjara yang bekerja dengan kakitangan untuk menyelesaikan insiden di penjara Bedford yang kini menampung kira-kira 500 banduan.

Susulan kejadian itu, jurucakap perkhidmatan penjara memberi amaran bahawa hukuman akan dikenakan terhadap mereka yang terbabit. “Kita dapati banduan yang bertindak dengan cara begini akan dihukum dan akan menjalani hukuman lebih lama dalam penjara.”

Insiden itu berlaku beberapa hari selepas ketua POA, Mike Rolfe memberi amaran mengenai keadaan di penjara Britain yang semakin teruk.

“Ia seperti mandi darah di penjara pada ketika ini. Pastinya kakitangan patah semangat, hilang semua moral dan semua motivasi,” katanya kepada BBC Radio Four.

Bulan lalu, seorang banduan berusia 21 tahun ditikam mati di penjara Pentonville, London. – AFP/myMetro Online

Tags: banduanBritain
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Banduan Lari Berjaya Ditangkap Semula Di Gombak

Banduan Lari Berjaya Ditangkap Semula Di Gombak

20/04/2026
0

GOMBAK – Seorang banduan yang sebelum ini dilaporkan melarikan diri pada 9 April lalu berjaya ditangkap semula oleh pihak polis...

Banduan Seludup Dadah Ke Penjara Marang, Peguam Ditahan Bantu Siasatan

Banduan Seludup Dadah Ke Penjara Marang, Peguam Ditahan Bantu Siasatan

01/01/2026
0

KUALA TERENGGANU: Seorang peguam ditahan selepas disyaki bersubahat dengan banduan untuk menyeludup masuk dadah ke Penjara Marang, dekat sini. Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd