• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 100 Kes Kemalangan, 87 Maut Di Tapak Pembinaan

oleh AK-47
03/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) merekodkan sebanyak 117 kes insiden kemalangan di tapak pembinaan membabitkan 87 kematian antara 2012 hingga sekarang.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, sebanyak 88 kes insiden kemalangan berlaku di tapak projek swasta, manakala 29 kes berlaku di tapak projek kerajaan.

“Kes kematian yang dicatatkan pula adalah 87 orang dengan 62 daripada mereka adalah pekerja asing, manakala 25 orang melibatkan pekerja tempatan atau orang awam.

“Manakala bilangan kes kecedaran pula adalah 93 orang melibatkan 73 pekerja asing dan 20 pekerja tempatan,” katanya menjawab soalan Datuk Seri Wee Jeck Seng (BN-Tanjong Piai) yang ingin tahu statistik aduan diterima CIDB tentang isu keselamatan daripada industri pembinaan di persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Fadillah berkata CIDB juga telah mengambil tindakan terhadap kes-kes ketidakpatuhan mengikut pindaan Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 (Akta 520) yang mula berkuat kuasa pada 1 Jun tahun lepas.

Katanya, kes-kes itu melibatkan 24 kes pendaftaran kontraktor, 71 kes pendaftaran pekerja (kad hijau), tiga kes kegagalan pembayaran levi dan 39 kes bagi lain-lain kecuaian.

“Manakala bilangan kes kecuaian yang telah dibawa ke mahkamah untuk tempoh yang sama ialah sebanyak 13 kes,” katanya.

Beliau berkata, tindakan penguatkuasaan di tapak-tapak projek dilaksanakan melalui kaedah antaranya pemeriksaan rutin tapak bina, operasi penguatkuasaan bersepadu bersama agensi penguatkuasaan lain yang berkaitan dan operasi penguatkuasaan bersepadu khas. – BERNAMA

Tags: CIDBDatuk Seri Fadillah Yusof
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Skuad Bola Sepak Wanita Negara Sasar Gangsa Sukan SEA’17

Next Post

Penjaga Kaunter Spa Didakwa Perdagang Manusia

Related Posts

Satu Kematian Akibat Kes COVID-19 Baharu Di Johor

Timbalan Perdana Menteri Jadi Mangsa Sekali Lagi

25/12/2023
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini memaklumkan akaun Facebook (FB) yang menggunakan gambar profil beliau...

Vaksin Dibuka Kepada 40,000 Pekerja Sektor Pembinaan

17/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kerja Raya (KKR) menerusi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) menawarkan vaksinasi COVID-19 kepada 40,000 pekerja...

Next Post

Penjaga Kaunter Spa Didakwa Perdagang Manusia

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd