• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kualiti Vokal Ziana Tidak Seperti 20 Tahun Dulu

oleh Ahmad Albab
04/11/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penyanyi Ziana Zain berharap peminat tidak meletakkan harapan tinggi terhadap kualiti vokalnya seperti mana zaman kegemilangannya 20 tahun dahulu pada Konsert High Note 2016 yang bakal berlangsung pada akhir November ini.

Ziana atau Siti Roziana Zain berkata, peminat perlu menerima hakikat vokalnya mengalami perubahan sejajar dengan peningkatan usianya kini yang memasuki 48 tahun.

“Sehingga hari ini masih ada yang merasakan vokal saya seperti dahulu dan mampu menyanyi dengan nada tinggi seperti zaman anak dara dahulu.

“Harus saya akui sejajar dengan peningkatan usia vokal saya turut mengalami perubahan dan bukannya seperti dahulu.

“Saya sekarang menyanyi ikut keselesaan dan seadanya umur saya sekarang dan paling penting saya selesa,” katanya kepada mStar Online.

Dari kiri Azlan, Ziana, Jaclyn dan Mohamed Juhari pada sidang media Konsert High Note di Istana Budaya pada Khamis.
Dari kiri Azlan, Ziana, Jaclyn dan Mohamed Juhari pada sidang media Konsert High Note di Istana Budaya pada Khamis.

Ziana ditemui pada sidang media konsert berkenaan di Istana Budaya di sini, Khamis.

Selain Ziana, konsert itu nanti turut menampilkan Jaclyn Victor dan Azlan The Typewriter.

Hadir sama dalam sidang media itu ialah Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani.

Dalam pada itu, Ziana berkata, dia tidak melihat konsert ini sebagai miliknya dan kehadiran Jaclyn dan Azlan adalah sebagai pasukan dalam menjayakan persembahan itu nanti.

Kata Ziana, dia gembira digandingkan dengan kedua-dua penyanyi itu kerana mereka mempunyai keserasian selain memiliki kelompok pengikut tersendiri.

“Setiap dari kami mempunyai kelebihan masing-masing dan kami adalah satu pasukan pada konsert itu nanti.

“Paling penting kami akan memberikan persembahan yang terbaik untuk semua penonton yang datang pada tiga malam konsert itu nanti,” katanya.

Peminat yang ingin menyaksikan persembahan hebat gabungan Azlan (dari kiri), Ziana dan Jaclyn, jangan lepaskan peluang mendapatkan tiket menonton High Note 2016.
Peminat yang ingin menyaksikan persembahan hebat gabungan Azlan (dari kiri), Ziana dan Jaclyn, jangan lepaskan peluang mendapatkan tiket menonton High Note 2016.

Sementara itu, Ziana berkata, pada konsert itu dia akan menyampaikan 10 buah lagu popularnya.

Kata Ziana, dia berharap konsert itu nanti dapat mengubat kerinduan peminat yang menantikan kemunculan satu persembahan berskala besar daripadanya.

“Konsert itu nanti akan berlangsung selama dua jam dan saya akan menyampaikan 10 buah lagu disamping beberapa kejutan istimewa untuk yang hadir nanti.

“Alhamdulillah akhirnya ada pihak yang sanggup menaja konsert ini memandangkan saya pun sudah lama tidak tampil dalam sebuah konsert,” katanya.

Konsert High Note 2016 turut mendapat sentuhan pengarah muzik Rudi Mohammad yang turut melakukan penggubahan semula lagu yang bakal dipersembahkan.

Tiket untuk menyaksikan konsert berkenaan dijual pada harga serendah RM142 sehingga RM506.

Tempahan tiket boleh dibuat menerusi www.ticketpro.com.my atau sebarang pertanyaan dan tajaan boleh menghibungi talian 016-4444937. – mStar Online

Tags: KonsertZiana Zain
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Papan Tanda ‘No to Drugs’ Antara Syarat Baharu Permit Konsert Di Selangor – Polis

Papan Tanda ‘No to Drugs’ Antara Syarat Baharu Permit Konsert Di Selangor – Polis

20/02/2025
0

SHAH ALAM: Papan tanda atau plakad 'No to Drugs' pada laluan masuk konsert antara yang akan diletakkan dalam syarat permit...

3 Maut, 39 Cedera Bom Dilempar Berhampiran Pentas Konsert Di Utara Thailand

3 Maut, 39 Cedera Bom Dilempar Berhampiran Pentas Konsert Di Utara Thailand

14/12/2024
0

BANGKOK: – Tiga maut, manakala sekurang-kurangnya 39 yang lain cedera selepas bom dilemparkan ke arah orang ramai di Pameran Palang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd