• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPDNKK Rampas 40 Tan Minyak Masak Sejak 21 Okt

oleh Ahmad Albab
02/11/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kira-kira 40 tan minyak masak dirampas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sejak 21 Okt hingga semalam atas pelbagai kesalahan.

Pengarah Penguatkuasa KPDNKK, Mohd Roslan Mahayudin berkata barangan bernilai lebih RM112,000 itu dirampas daripada 16 kes membabitkan kesalahan seperti menyorok bahan itu, menjual tanpa lesen, menyimpan barangan kawalan melebihi had dan menjual dengan harga yang mahal.

Bercakap kepada media selepas melakukan pemeriksaan harga di sebuah pasar raya di sini hari ini, Mohd Roslan berkata hampir 12,000 premis membabitkan pengilang, pembungkus, pemborong dan peruncit di seluruh negara diperiksa sejak 21 Okt dan susulan pengumuman harga baru minyak masak.

Kerajaan baru-baru ini menetapkan harga minyak masak paket 1 kilogram kekal RM2.50, manakala harga minyak masak dalam botol akan mengikut harga pasaran berkuat kuasa 1 Nov berikutan penstrukturan semula Skim Penstabilan Harga Minyak Masak.

Susulan skim baru tersebut, Mohd Roslan berkata KPDNKK menjangkakan tempoh seminggu diperlukan untuk kementerian dan pihak berkaitan termasuk pengilang, pembungkus dan peruncit serta Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi untuk menyelaras dari segi pengagihan kuota dan pengedaran barang.

“Kita meminta penjual untuk patuh pada harga jualan minyak 1kg pada RM2.50 dan tidak cuba mengalihkan pembungkusan minyak bersubsidi tersebut kepada paket yang tidak bersubsidi serta cuba mengambil keuntungan yang lebih daripada sepatutnya,” katanya.

Beliau berkata pemantauan harga akan terus dilakukan KPDNKK dan meminta peniaga menetapkan harga minyak masak tidak lebih daripada margin keuntungan yang diperoleh sejak 1 Jan 2015.

“Sekiranya mereka didapati melakukan kesalahan terbabit, KPDNKK akan mengambil tindakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011,” katanya. – BERNAMA

Tags: KPDNKKMinyak Masak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Belum Rancang Salur Subsidi Minyak Masak Peket Guna MyKad

Kerajaan Belum Rancang Salur Subsidi Minyak Masak Peket Guna MyKad

17/02/2025
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan belum merancang untuk menukar subsidi minyak masak peket kepada bayaran tunai melalui MyKad kepada rakyat setakat...

‘Kecut Perut’ Dikejar Penguat Kuasa, Penyeludup Tinggal Kereta Berisi Minyak Masak

‘Kecut Perut’ Dikejar Penguat Kuasa, Penyeludup Tinggal Kereta Berisi Minyak Masak

26/10/2024
0

TUMPAT : Pemandu sebuah kereta disyaki penyeludup lari meninggalkan kenderaan membawa muatan 850 kilogram (kg) minyak masak bersubsidi untuk mengelak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd