• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kilang MARDI Jadi Industri Besar Dalam Tempoh 5 Tahun

oleh Ahmad Albab
08/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG – Kilang tanaman atau lebih dikenali sebagai ‘plant factory’ mampu menjadi industri yang besar dalam tempoh lima tahun akan datang dalam usaha menjamin bekalan makanan negara, kata Ketua Pengarah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Datuk Dr Sharif Harun.

Beliau berkata teknologi terkini dalam amalan pertanian bandar itu telah dipraktikkan di beberapa negara termasuk Singapura bagi mengatasi masalah kekurangan tanah pertanian.

Katanya konsep yang sesuai untuk sayur-sayuran hijau itu juga lebih bersih memandangkan ia tidak menggunakan racun serangga kerana ditanam di dalam bangunan, berbanding penanaman di tanah terbuka.

“Dari segi teknologi, MARDI sudah ada dan kita juga ada buat kecil-kecilan. Jika konsep ini berdaya maju dari segi dapat seimbangkan harga sayur dan kos operasi, ia boleh dilaksanakan.

“Secara peribadi saya rasa dalam masa lima tahun ia akan menjadi perniagaan yang besar kerana konsep ini baru bermula,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Our Food Our Future di ibu pejabat MARDI, di sini hari ini.

Persidangan yang dihadiri lebih 200 peserta itu diadakan sempena Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2016 yang akan berlangsung pada 1 hingga 11 Dis ini.

Sharif berkata pertanian di bandar telah dipraktikkan di negara-negara maju sebagai inisiatif memenuhi permintaan tinggi di kawasan bandar berikutan pertambahan penduduk, selain mengurangkan kos pengeluaran makanan.

“Pertanian di bandar dapat mengurangkan kos pengangkutan, contohnya kos membawa sayur dari Cameron Highlands ke Kuala Lumpur agak tinggi kerana perjalanan yang jauh. Jika dikeluarkan di bandar, kos akan lebih murah,” jelasnya.

Dalam pada itu, bagi mengatasi masalah kekurangan tanah pertanian, katanya Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan terus mendapatkan kerjasama kerajaan negeri bagi menambah kawasan yang digazetkan sebagai Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM).

Katanya setakat ini, 27 kawasan telah digazetkan sebagai TKPM di seluruh negara. – BERNAMA

Tags: MARDI
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Terengganu Sasar Nilai Jualan RM50K Road To MAHA

25/10/2018
0

KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri Terengganu menyasarkan nilai jualan menjangkau RM500,000 daripada program Road To MAHA 2018 yang berlangsung hari...

MARDI Lancar Bangunan Inkubator Di Sabah

16/07/2018
0

KOTA KINABALU – Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) hari ini melancarkan Bangunan Inkubator Teknologi MARDI yang pertama di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd