• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Khalid Samad Cuba Diserang Kira-Kira 20 Orang Di Parlimen

oleh AK-47
25/11/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kira-kira 20 orang kelihatan cuba menyerang Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad di perkarangan Parlimen hari ini.

Kumpulan lelaki dan wanita yang memakai pas pelawat itu kelihatan memang berada di situ sebelum Khalid tiba lagi dan cuba mendekati Khalid sebaik sahaja beliau keluar dari kenderaannya untuk menuju ke lobi Parlimen kira-kira 11 pagi tadi.

Mereka melemparkan pelbagai cemuhan terhadap Khalid dan kelihatan ada yang cuba mendekati Khalid.

Pasukan sekuriti Parlimen, bagaimanapun, berjaya mengawal keadaan dan mengiringi Khalid memasuki Dewan Rakyat manakala kumpulan itu dibawa keluar meninggalkan kawasan berkenaan.

Mereka dipercayai bertindak demikian ekoran rasa tidak puas hati terhadap Khalid yang mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Anggota Parlimen Pasar Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sewaktu perbahasan di Dewan Rakyat dua hari lepas.

Khalid dikatakan mencerca Tajuddin setelah beliau (Tajuddin) didakwa mengeluarkan perkataan kurang sopan terhadap Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok semasa perbahasan itu.

Sementara itu ketika diminta mengulas kejadian tersebut, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata satu penyiasatan perlu dilakukan kerana Parlimen merupakan kawasan larangan yang berada di bawah kawalan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO).

“Sekiranya seseorang atau mana-mana kumpulan ingin masuk ke Parlimen, mereka perlu dijemput sama ada oleh anggota Parlimen atau penjawat awam dan perlu berdaftar di pintu pagar Parlimen.

“Ini merupakan suatu perkara yang serius kerana seorang anggota Parlimen telah diancam oleh mereka. Jadi, satu penyiasatan perlu dilakukan segera,” katanya.

Dalam pada itu, Khalid ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen berkata beliau akan berjumpa dengan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk membuat laporan mengenai insiden itu.

“Kita akan pergi berjumpa (Pandikar) dan membuat laporan dengan rakan-rakan lain supaya mereka yang datang dengan niat untuk bertindak ganas itu akan diambil tindakan khususnya oleh pihak polis,” kata Khalid. – BERNAMA

Tags: Dewan RakyatParlimen
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Pilihan Alam Sekitar, Sains dan Perladangan Dewan Rakyat memaklumkan pihaknya masih memerlukan beberapa maklumat tambahan yang...

Bawa Usul Hukuman Mati, Penjara Seumur Hidup Pemandu Mabuk Ke Parlimen – Akmal

Bawa Usul Hukuman Mati, Penjara Seumur Hidup Pemandu Mabuk Ke Parlimen – Akmal

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menggesa kerajaan agar mempertimbangkan hukuman lebih berat termasuk hukuman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd