• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keunikan Alam Semula Jadi Tarikan Pelancongan Perlis

oleh AK-47
03/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MANILA – Keunikan alam semula jadi, hidupan liar, unggas serta primat yang terdapat di Perlis seharusnya dieksploitasi penggiat industri pelancongan untuk menarik pelancong melawat Perlis.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah selain keistimewaan itu, cuaca di Perlis adalah unik kerana pertembungan khatulistiwa dan tropika menjadi ‘khatulpica’ iaitu suhu panas dan nyaman.

“Taman Negeri Perlis seluas 5,000 hektar dalam kawasan batu kapur atau Banjaran Nakawan yang terdapat Gua Wang Burma berusia lebih 500 tahun menambah keunikan Perlis,” titah baginda.

Baginda bertitah melancarkan promosi masakan Perlis di Hotel Berjaya Makati, Filipina di sini malam tadi, iaitu bandaraya ke-18 di seluruh dunia sejak program itu dilancarkan pada 2004 bagi menyokong industri pelancongan Perlis.

Hotel yang mengambil bahagian dalam promosi itu akan menghidangkan beberapa jenis masakan Perlis seperti daging masak kurma, ikan pekasam dan gulai ikan selama dua minggu.

Promosi itu turut dijayakan dengan kerjasama Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Pejabat Tourism Malaysia Perlis, Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis dan BMC Travel Sdn Bhd.

Tuanku Syed Faizuddin berkenan menyampaikan plak promosi kepada Pengurus Besar hotel tersebut, Norazman Chung bagi menandakan penyertaannya.

Baginda selaku Komander Rejimen 504 Askar Wataniah berpangkalan di Kem Bukit Keteri, Padang Besar, berada di Manila kerana mengetuai lawatan kerja tiga hari Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) universiti awam Malaysia.

Universiti yang menyertai program itu ialah (UniMAP); Universiti Sultan Idris, Tanjung Malim; Universiti Teknoloji Mara (UiTM); dan Universiti Malaysia Terengganu.

Alam semula jadi di Perlis merangkumi elemen sawah padi, ladang tebu, hutan sekunder dan bukit bukau berusia 250 hingga 500 juta tahun di samping ‘stump tailed macaque’ atau dikenali sebagai beruk kentoi oleh masyarakat tempatan yang tiada di tempat lain, tambah Tuanku Syed Faizuddin.

Baginda yang juga Canselor UniMAP menambah Bukit Keteri menawarkan pengalaman menakjubkan kepada penggemar aktiviti lasak yang berminat menerokai gua-gua dan memanjat bukit batu kapur yang berusia lebih 250 tahun. – BERNAMA

Tags: PelancongRaja Muda Perlisunik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Raja Permaisuri Agong Mengingatkan Rakyat Malaysia Sentiasa Memelihara Adab Di Dalam Atau Luar Negara

Raja Permaisuri Agong Mengingatkan Rakyat Malaysia Sentiasa Memelihara Adab Di Dalam Atau Luar Negara

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah mengingatkan rakyat Malaysia sentiasa menitikberatkan kepentingan memelihara adab dan nilai menghormati...

MOTAC Rancang Anjur China GT Championship Di Malaysia Tarik Pelancong

MOTAC Rancang Anjur China GT Championship Di Malaysia Tarik Pelancong

28/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) merancang untuk menganjurkan China GT Championship di Malaysia bagi merancakkan sektor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd