• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ketua Menteri Minta Pemain Melaka United Tidak Emosi

oleh Ahmad Albab
08/11/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Idris Haron berharap pemain Melaka United tidak beremosi dengan beberapa keputusan yang diambil oleh pengurusan pasukan berkenaan untuk musim depan.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United berkata, kejayaan yang dikecapi Melaka United musim ini adalah usaha berpasukan maka pihak pengurusan perlu membuat yang terbaik bagi mengharungi Liga Malaysia 2017.

“Saya menegaskan kejayaan (musim) ini adalah usaha secara pasukan dan pihak pengurusan akan sebaik mungkin berusaha memastikan sasaran musim akan datang dapat dicapai.

“Saya juga berharap terutamanya pemain tidak beremosi dengan beberapa keputusan yang dibuat dan meletakkan sasaran pasukan adalah lebih utama daripada perkara yang lain,” katanya seperti disiarkan di laman Facebook rasmi Melaka United semalam.

Idris dipercayai berkata demikian berikutan keputusan pengurusan Melaka United mengenepikan jurulatih Mat Zan Mat Aris pada musim depan

Mat Zan dalam reaksinya berhubung keputusan itu baru-baru ini mengakui beliau berasa terkilan dengan perkara tersebut selepas berjaya membawa Melaka United menjulang Liga FAM 2015 serta Liga Perdana pada musim ini.

Keputusan itu dipercayai dibuat oleh pengurusan Melaka United selepas mengambil kira persaingan hebat yang perlu diharungi pasukan berkenaan apabila beraksi dalam Liga Super tahun depan.

Dalam pada itu, pasukan Melaka United selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini selepas pulang dari lawatan ke Old Trafford,Manchester. – mynewshub.cc

Tags: Idris HaronMelaka United
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pemandu Lori Kontena Cedera Parah Rempuh Treler

Next Post

Kerjasama Boleh Tapi Mesti Setuju Anwar Jadi PM

Related Posts

Cheng Hoe Nafi Dirisik Melaka United

19/01/2022
0

BEKAS pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe menafikan khabar angin bahawa dirinya sudah dirisik pengurusan Melaka United untuk menjadi ketua...

Melaka Mengundi: Idris Haron Kecundang Di DUN Asahan (Tidak Rasmi)

20/11/2021
0

PETALING JAYA : Keputusan tidak rasmi menyaksikan calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Idris Haron kecundang di Dewan Undangan Negeri...

Next Post

Kerjasama Boleh Tapi Mesti Setuju Anwar Jadi PM

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd