• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Letupan Bom Dipindahkan Ke Mahkamah Tinggi

oleh Ahmad Albab
08/11/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Mahkamah Majistret hari ini memindahkan kes dua lelaki yang menghadapi pertuduhan melakukan perbuatan pengganas dengan meletupkan bom tangan di sebuah pusat hiburan di Puchong Jun lalu ke Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Majistret Zaki Asyraf Zubir membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Fazeedah Faik memaklumkan pihak pendakwaan telah mendapat keizinan bagi memindahkan kes itu.

Pada 10 Okt lalu, Imam Wahyudin Karjono, 20, seorang penganggur dan Jonius Ondie @ Jahali, 24, operator kilang didakwa bersama-sama melakukan perbuatan pengganas dengan cara membaling dan meletupkan bom tangan menggunakan fius level jenks ‘Fuze M213’ sehingga menyebabkan kecederaan terhadap lapan mangsa.

Perbuatan itu, yang didakwa dilakukan dengan niat untuk melanjutkan suatu perjuangan ideologi dan mengugut orang awam di Malaysia, berlaku di pusat hiburan Movida Boulevard Sdn Bhd, Lot G2 & G3, Tingkat Bawah, IOI Boulevard, Jalan Kenari 5, Bandar Puchong Jaya, Puchong, pada 2 pagi, 28 Jun lepas.

Mereka didakwa me­ngikut Seksyen 130C(1)(b) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Imam Wahyudin turut didakwa atas satu lagi pertuduhan iaitu memberi sokongan kepada berlakunya perbuatan pengganas yang melibatkan penggunaan bahan letupan melalui aplikasi Telegram miliknya.

Lelaki yang berasal dari Puchong, Selangor itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di C-4-19, Blok Cempaka, Jalan Indah 1, Puchong di sini antara 25 Mac dan 28 Jun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 130J(1)(b) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau penjara tidak melebihi 30 tahun atau denda dan boleh dirampas mana-mana harta yang telah digunakan atau diniatkan untuk digunakan untuk kesalahan itu, jika sabit kesalahan.

Bagi kes itu, pihak pendakwaan belum mendapat keizinan untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi.

Mahkamah menetapkan 7 Dis untuk sebutan semula kes itu. – BERNAMA

Tags: letupan bom
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

JAS Masih Siasat Punca Pencemaran Sungai Semenyih

Next Post

Ahmad Dhani Hina Jokowi, Penyokong Buat Laporan Polis

Related Posts

2 Rakyat Malaysia Cedera Letupan Bom Di Narathiwat

2 Rakyat Malaysia Cedera Letupan Bom Di Narathiwat

07/05/2024
0

Kota Bharu : Dua rakyat Malaysia antara lapan individu cedera dalam kejadian bom motosikal di Jalan Phu Pha Phakdi, Daerah...

Tiada Rakyat Malaysia Terbabit Letupan Bom Di India

Tiada Rakyat Malaysia Terbabit Letupan Bom Di India

02/03/2024
0

KUALA LUMPUR: Tiada rakyat Malaysia terbabit insiden letupan bom yang mencederakan lapan orang di sebuah kafe di hab teknologi di...

Next Post

Ahmad Dhani Hina Jokowi, Penyokong Buat Laporan Polis

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd