• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Jangkitan Malaria Di Gerik Meningkat

oleh AK-47
23/11/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Jumlah kes jangkitan malaria di penempatan Orang Asli Pos Kemar di Gerak, kira-kira 150 kilometer dari sini meningkat kepada 52 dengan sembilan kes baharu dikesan hari ini.

Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr. Juita Ghazalie berkata kes terbanyak dikesan di Kampung Senangin iaitu 44 kes, meningkat tujuh kes berbanding 37 semalam.

Sementara itu, satu kes baharu direkodkan di Kampung Rantau menjadikan jumlah jangkitan bertambah kepada dua manakala di Kampung Lediau satu kes baharu dikesan, katanya.

Beliau berkata jumlah jangkitan di Kampung Akei dan Kampung Ralak masing-masing kekal empat dan satu kes.

“Jumlah yang dimasukkan ke Hospital Gerik bagaimanapun masih kekal seperti semalam iaitu 20 orang. Usaha sedang dibuat untuk merujuk mereka yang disahkan positif ke hospital,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Dr. Juita sebanyak 622 aktiviti saringan terhadap kontak dan penduduk telah dijalankan di 17 kampung di penempatan Orang Asli itu, bertambah berbanding 10 kampung semalam bagi mengekang penularan wabak malaria.

Selain itu, pihak Jabatan Kesihatan negeri juga telah mengedarkan sebanyak 295 kelambu berubat untuk digantung di tempat tidur bagi mengelak gigitan nyamuk, katanya.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi satu kenyataan di Putrajaya memaklumkan wabak malaria di Pos Kemar adalah daripada spesies Plasmodium vivax (P.vivax) selepas kali terakhir dikesan di kawasan itu pada 2009. – BERNAMA

Tags: Datuk Dr Juita GhazalieKes MalariaPerak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Parti Amanah Kesal Pembangkang Tunggang Isu Harga Minyak Untuk Keuntungan Politik

Parti Amanah Kesal Pembangkang Tunggang Isu Harga Minyak Untuk Keuntungan Politik

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Perak mengecam sikap pembangkang menunggang isu harga minyak demi keuntungan politik. Timbalan...

Bonus Raya RM1,500 Untuk Penjawat Awam Perak

Bonus Raya RM1,500 Untuk Penjawat Awam Perak

23/02/2026
0

IPOH - Kerajaan Perak mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri berjumlah RM1,500 kepada semua kakitangan awam di negeri itu....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd