• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Selangor Jangan Ketepi Titah Sultan Kerana Anwar

oleh Ahmad Albab
25/11/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd. Zohdi menyambut baik penegasan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melarang penglibatan pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam Seminar Pemikiran Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kata beliau, penegasan MAIS itu menjelaskan kepentingan institusi umat Islam di Selangor supaya tidak diperalatkan untuk kepentingan politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mengetuai pentadbiran kerajaan Selangor ketika ini.

“Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Teknologi dan Inovasi Selangor sepatutnya tidak ‘rabun’ membezakan di antara program kerajaan negeri dengan program politik. Penganjuran Seminar Pemikiran Datuk Seri Anwar itu jelas sekali merupakan program politik dan mungkin menggunakan wang rakyat.

“Malah penganjuran seminar itu seolah-olah menunjukkan pihak penganjur cuba mencabar titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang sebelum ini menitahkan supaya institusi-insititusi agama Islam di Selangor tidak terlibat dalam program yang berunsurkan politik.

“Apakah pihak penganjur sanggup mengenepikan titah Sultan Selangor demi kerana mahu menjaga kedudukan serta imej Anwar yang merupakan Penasihat Umum PKR dan sedang menjalani hukuman penjara diatas kesalahan meliwat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Media semalam melaporkan MAIS kesal dengan tindakan JAIS mengeluarkan surat jemputan kepada guru sekolah rendah agama (SRA) untuk menyertai Seminar Pamikiran Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan berlangsung Isnin ini.

Pengerusinya, Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa berkata, pihaknya memandang serius isu berkenaan dan berpendapat JAIS telah melakukan kesilapan dengan menjemput guru-guru SRA di daerah Petaling dan Klang untuk menghadiri seminar itu.

Menurut Mohamad Adzib, pembabitan pegawai-pegawai JAIS dalam seminar tersebut adalah bertentangan dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang tidak mahu JAIS terlibat dengan program berunsur politik.

Mynewshub semalam melaporkan Budiman mempertikai tindakan kerajaan kerajaan Selangor seolah-olah memperalatkan JAIS untuk kepentingan peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kepentingan politik PKR. .

JAIS mengarahkan guru Sekolah Rendah Agama (SRA), Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) dan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Selangor menghadiri Seminar Pemikiran Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Budiman menyifatkan seminar itu tidak wajar kerana kelihatan cuba mengangkat darjat Anwar yang dihukum penjara kerana kesalahan meliwat kononnya seorang tokoh pemikir pendidikan Islam.

“Kita menuntut supaya JAIS mengambil tindakan tegas terhadap pegawai yang terlibat berdasarkan syarat-syarat perkhidmatan awam kerana menandatangani surat jemputan kepada para guru-guru agama supaya menghadiri seminar tersebut yang difahamkan dibuat tanpa kelulusan pihak pengurusan dan makluman kepada Pengarah JAIS,” katanya hari ini. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Budiman Mohd ZohdiKerajaan SelangorSultan Selangor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ronnie Liu Junjung Kasih Titah Sultan Selangor, Dakwa 5 Prinsip Rukun Negara Tidak Boleh Difahami Secara Terpilih

Ronnie Liu Junjung Kasih Titah Sultan Selangor, Dakwa 5 Prinsip Rukun Negara Tidak Boleh Difahami Secara Terpilih

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - "Patik percaya kelima-lima prinsip ini (Rukun Negara) tidak boleh difahami secara terpilih, tetapi perlu dihayati secara menyeluruh...

Kalau Tak Faham Lagi, Tak Tahu Nak Cakap Apa – Ridhuan Tee, Firdaus Wong

Kalau Tak Faham Lagi, Tak Tahu Nak Cakap Apa – Ridhuan Tee, Firdaus Wong

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Penganalisis politik, Dr. Ridhuan Tee Abdullah menyifatkan titah Duli Selangor melibatkan pemimpin DAP sebagai sangat jelas dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd