• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keputusan Maria Chin Cabar Persempadanan SPR 24 Nov

oleh Ahmad Albab
22/11/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 24 November untuk keputusan permohonan kebenaran semakan kehakiman difailkan aktivis Maria Chin Abdullah bagi mencabar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung persempadanan semula kawasan Parlimen Petaling Jaya Utara.

Hakim Azizul Azmi Adnan menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan daripada peguam Syahredzan Johan yang mewakili Chin dan Peguam Kanan Persekutuan Datuk Amarjeet Singh bertindak bagi pihak SPR.

Amarjeet dalam hujahnya berkata SPR pada peringkat ini hanya menjalankan proses rundingan, keputusan akhir bagi cadangan itu akan diputuskan oleh Dewan Rakyat.

Syahredzan dalam hujahnya menegaskan bahawa isu itu boleh diputuskan oleh mahkamah.

Chin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) memfailkan permohonan itu menerusi Tetuan RamRais & Partners pada 10 Okt lepas.

Dalam permohonannya, Chin memohon untuk membatalkan keputusan atau tindakan SPR dalam mengeluarkan notis syor yang dicadangkan bagi bahagian-bahagian pilihan raya persekutuan dan negeri.

Chin juga memohon pengisytiharan bahawa proses atau prosiding persempadanan semula yang dimulakan oleh SPR melalui notis tersebut adalah tidak sah dan terbatal. – BERNAMA

Tags: Maria Chin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hina Mahkamah Syariah: Maria Chin Dipenjara Tujuh Hari Serta-Merta

25/04/2022
0

KUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi Syariah di sini sebentar tadi menjatuhi hukuman penjara kepada Maria Chin Abdullah selama tujuh hari...

Biar Betul? PRU Calon PH, Lepas Tu Jadi Wakil Bebas!

06/03/2018
0

LAWAK POLITIK.... Alasan semua tentu boleh bagi pelbagai dalih. Namun macamlah tidak kenal atau tahu apakah itu Bersih, malah bukankah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd