• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siasat Ketirisan Kontrak Pengorekan Pelabuhan – Liow

oleh Ahmad Albab
23/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan sedang menjalankan siasatan dalaman bagi merungkai isu ketirisan berkaitan kontrak pengorekan di pelabuhan seluruh negara yang bernilai RM507.77 juta.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pihaknya memandang serius butiran Laporan Ketua Audit Negara 2015 Siri 2 yang mendedahkan kepincangan dalam sistem perolehan kementeriannya dan bersedia bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat perkara itu.

“Saya sudah arahkan Ketua Setiausaha (Kementerian Pengangkutan, Datuk Seri Saripuddin Kasim) untuk segera mengadakan siasatan dalaman, malah kementerian bersikap terbuka dengan sebarang arahan SPRM.

“Sehingga kini, kami masih mengenal pasti sebarang elemen ketirisan untuk mendapatkan gambaran sebenar berhubung isu ini,” katanya kepada media di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau bagaimana pun menjelaskan pihaknya menghadapi kesukaran untuk menyiasat perkara itu yang berlaku kira-kira 14 tahun lalu dan memerlukan masa untuk menjejaki kembali butiran perjanjian dan sebarang dokumen yang mungkin digunakan dalam perolehan itu.

Pada pembentangan laporan audit itu di Dewan Rakyat Isnin lalu, Ketua Audit Negara mendedahkan Kementerian Pengangkutan menerima 15 tawaran kontrak untuk menjalankan kerja pengorekan di pelabuhan seluruh negara.

Ia merangkumi aktiviti mendalam dan melebarkan terusan bagi menjamin keselamatan kapal dagang yang belayar menerusi perairan Malaysia.

Bagaimanapun, semua tender dibatalkan dan kontrak itu diberikan kepada sebuah syarikat baharu, iaitu Malaysian Maritime and Dredging Corporation Sdn Bhd (MMDC) yang ditubuhkan pada Jun 2002.

Perjanjian kontrak eksklusif bernilai RM507.77 antara kerajaan dan Malaysian Maritime and Dredging Corporation Sdn Bhd (MMDC) itu ditandatangani pada Oktober 2005.

Tempoh kontrak itu adalah untuk 15 tahun, bermula dari 19 Okt 2005 hingga 18 Okt 2020, namun Jabatan Audit Negara tidak menemui sebarang dokumen berkaitan perolehan kontrak terbabit. – BERNAMA

Tags: Liow Tiong Lai
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRK DUN Balakong: MCA Yakin Dapat Undi Melayu Dan India

06/09/2018
0

KUALA LUMPUR – MCA yakin parti itu tetap akan mendapat undi kaum Melayu dan India pada Pilihan Raya Kecil (PRK)...

Mana-Mana Ahli MCA Boleh Bertanding Jawatan Tertinggi

29/08/2018
0

KAJANG - Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata beliau menghormati hak mana-mana ahli parti yang mahu bertanding bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd