Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

7 Terbunuh Serang Hendap...

MANILA - Enam anggota polis dan seorang penduduk tempatan terbunuh dalam dua serang...

Permohonan PDA Dibuka Semula...

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menarik balik pembekuan...

Kelantan Sumbang RM50,000 Untuk...

KOTA BHARU : Kerajaan Kelantan menyalurkan sumbangan RM50,000 untuk membantu penduduk di Baling,...

Malaysia Tidak Mohon Ekstradisi...

PUTRAJAYA - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata kerajaan tidak membuat permohonan agar Sirul...

Kementerian Pendidikan Tetap Syarat Baharu Ke SBP

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan menetapkan syarat baharu kepada calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 yang layak ke sekolah berasrama penuh (SBP) bagi tingkatan satu tahun hadapan.

Menurut Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr. Khair Mohamed Yusof kepada sebuah portal berita tempatan, pelajar yang mendapat sekurang-kurangnya 3A 3B pada UPSR 2016 masih lagi layak memohon SBP.

Selain keputusan UPSR, ada beberapa kriteria lain juga diambil kira termasuklah skor merit akademik dan penempatan murid akan mengambil kira pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum (PAJSK).

“Pemilihan dan penempatan murid di SBP tidak bergantung kepada pencapaian akademik semata-mata. Selain akademik, skor merit akademik dan penempatan murid akan mengambil kira pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum (PAJSK).

“Pentaksiran sekolah dan pentaksiran psikometrik juga akan dijadikan sebagai rujukan utama dalam saringan pemilihan murid ke SBP,” katanya.

Kenyataan itu diumumkan oleh Khair selepas majlis menandatangan memorandum persefahaman (MoU) dengan pihak Microsoft Malaysia.


Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Dalam pada itu, Khair juga memberitahu penambahbaikan kepada dasar dan kriteria pengambilan pelajar SBP 2017 telah dilakukan dengan mengambil kira format peningkatan kualiti UPSR pada tahun ini.

Sumber: Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori