• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kemarau Gelaran Terus Hantui Nicol David

oleh Ahmad Albab
04/11/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kemarau gelaran terus menghantui ratu skuasy Malaysia dan pemain nombor tiga dunia, Datuk Nicol David dalam Jelajah Dunia PSA (Persatuan Skuasy Profesional).

Pemain kelahiran Pulau Pinang itu tewas dalam separuh akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Wadi Degla di Kaherah, Mesir pada lewat Khamis (awal Jumaat waktu Malaysia).

Nicol yang juga pilihan utama kejohanan, tewas 11-9, 11-13, 7-11, 11-8 dan 7-11 di tangan musuhnya dan pemain nombor empat dunia, Raneem El Welily dari Mesir dalam perlawanan yang diadakan di Kelab Wadi Degla, menurut laman web kejohanan www.wadideglaworldsquashchamps.com.

Ia merupakan kekalahan ketiga Nicol kepada Raneem dalam semua pertemuan mereka musim ini.

Untuk rekod, juara dunia lapan kali itu tumpas kepada Raneem pada Final Siri Dunia PSA Wanita di Dubai, Emiriah Arab Bersatu pada Mei dan juga Terbuka Amerika Syarikat di Philadelphia, Amerika Syarikat bulan lepas.

Kemenangan terakhir Nicol dalam Jelajah Dunia PSA ialah di Terbuka Hong Kong selepas menewaskan pemain nombor dua dunia, Laura Massaro dari England pada perlawanan akhir Disember 2015. – BERNAMA

Tags: Nicol DavidSkuasy
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harleein Harumkan Nama Malaysia Di AS

24/12/2021
0

KUALA LUMPUR: Atlet cilik skuasy, Harleein Tan berazam untuk terus maju dalam usaha merangkul lebih banyak kejayaan di masa akan...

M’sia Batal Kejohanan Skuasy Dunia Di KL Sebab Atlet Israel, Omicron

30/11/2021
0

Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia lelaki di Malaysia dibatalkan kerana kebimbangan mengenai varian koronavirus baru Omicron dan isu visa untuk atlet...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd