• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keluarga Pelajar Maut Digilis Lori Terima Pampasan Insurans

oleh Ahmad Albab
18/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN SERAI – Keluarga pelajar sekolah tahun empat,Mohamad Haikal Helme yang maut dalam kemalangan jalan raya di sini September lalu, hari ini menerima pampasan daripada sebuah syarikat insurans.

Pampasan sebanyak RM43,122 itu diterima ibu mangsa, Faridah Jumrek, 37, daripada perunding Zurich Takaful (M) Sdn Bhd, Saharah Zainul Abidin di rumah mangsa.

Bapa mangsa, Helme Ahmad, 54, berkata pampasan itu merupakan hasil caruman dalam skim Takaful Link Hajj ke atas arwah anaknya, Mohamad Haikal Helme sejak September tahun lalu.

“Saya akan menggunakan wang pampasan itu untuk mengerjakan umrah bagi pihak mangsa tidak lama lagi dan ia merupakan hasil caruman RM50 sebulan melalui potongan gaji,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata walaupun sedih dengan kehilangan anak bongsunya itu, namun Helme sekeluarga reda dengan takdir Ilahi.

Dalam kejadian 21 Sept lalu, Mohamad Haikal, pelajar Sekolah Kebangsaan Teluk Medan di sini maut selepas dirempuh sebuah treler di hadapan sekolahnya. – BERNAMA

Tags: Insuranspelajar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar Dakwa Dirogol Ketika Mahu Dapatkan Rawatan Untuk Berjaya Pelajaran, Sami Diperintah Bela Diri

Pelajar Dakwa Dirogol Ketika Mahu Dapatkan Rawatan Untuk Berjaya Pelajaran, Sami Diperintah Bela Diri

19/09/2025
0

BATU PAHAT: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, memerintahkan seorang sami untuk membela diri atas pertuduhan merogol seorang pelajar perempuan...

2 Pelajar TAR UMT Maut Jatuh Kondominium Sama Dalam 24 Jam

2 Pelajar TAR UMT Maut Jatuh Kondominium Sama Dalam 24 Jam

21/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Dua pelajar Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT) maut selepas terjatuh dari tempat tinggi melalui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd