• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kegiatan ‘Sejuk Beku Sotong’ Diperairan Negara Dibongkar

oleh AK-47
24/11/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMAMAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malayisa (APMM) berjaya membongkar kegiatan nelayan Vietnam yang menjalankan urusan ‘sotong sejuk beku’ di perairan negara.

Pengarah Maritim DM8 Pahang, Kepten Maritim Khoo Teng Chuan berkata pada awalnya nelayan terbabit menggunakan helah bot mereka mengalami kerosakan sehingga pihak APMM terpaksa menggunakan kapal ronda untuk menunda bot terbabit.

Katanya selepas tiba di Pangkalan Maritim, Kemaman pada pukul 7.30 pagi tadi dan pemeriksaan dibuat didapati bot tersebut berfungsi bagaikan sebuah kilang.

“Sotong yang diperoleh terlebih dahulu akan dimasukkan dalam peti sejuk beku khas sebelum disimpan dalam petak simpanan. Hasil siasatan awal, tekong tersebut mengakui mereka mahu membawa balik kesemua sotong itu ke Vietnam sebelum mengeksportnya ke luar negara.

“Nelayan ini akan bekukan dahulu sotong bagi menjaga kualiti kerana mahu eksport dengan nilai lebih tinggi…kita tidak menolak kemungkinan mereka turut membeli sotong daripada nelayan tempatan,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Tambah Khoo nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM360,000 termasuk nilai bot dan nilai sotong seberat tiga tan metrik (RM60,000).

Tekong bersama 15 awak-awak berusia antara 19 hingga 51 tahun itu diberkas kira-kira pukul 5 petang pada jarak 40 batu nautika dari Kuantan.

“Hasil pemeriksaan mendapati nelayan itu tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah dan tiada permit.

“Bot terbabit juga menggunakan nombor pendaftaran palsu dengan menindih plat palsu atas nombor pendaftaran asal bot bagi mengaburi mata pihak berkuasa,” katanya.

Kesemua nelayan berkenaan ditahan reman selama 10 hari bagi membantu siasatan di bawah Akta Perikanan 1985 dan Ordinan Perkapalan dan Saudagar (MSO) 1952.

Menurut Khoo, penahanan tersebut merupakan tangkapan ke-47 yang dilakukan DM8 Pahang tahun ini sahaja dan empat daripadanya kerana membawa hasil sotong, melibatkan jumlah lelongan sotong mencecah RM600,000.

“Sekarang kita dapati bot nelayan asing ambil kesempatan musim tengkujuh untuk ceroboh perairan negara dan kaut hasil sotong. Mereka beranggapan musim tengkujuh kita tak lakukan rondaan, tapi anggapan mereka silap sebab walaupun musim tengkujuh rondaan yang kita lakukan ada seperti biasa,” katanya. – BERNAMA

Tags: Kepten Maritim Khoo Teng Chuansotong sejuk beku
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd