• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kecoh Alibaba Tukar Nama Aplikasi Jadi ‘Babi Terbang’

oleh
03/11/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING — Ketika umat Islam di Malaysia kecoh membantah penggunaan nama ‘anjing’ pada nama makanan yang dijual rangkaian premis Barat terkenal Auntie Anne’s, lain pula halnya di China.

Teguran minoriti Muslim tempatan agar portal jualan Internet gergasi China, Alibaba dapat ubah kembali nama salah satu aplikasinya yang menggunakan perkataan ‘babi’ mencetuskan perdebatan sengit dalam kalangan netizen.

Isu panas itu bermula apabila Alibaba menggantikan nama aplikasi tempahan perjalanan Alitrip kepada Flying Pig atau ‘Babi Terbang’ yang disingkatkan menjadi Fliggy, menurut stesen berita antarabangsa BBC pada Rabu.

Perubahan nama berbaur najis mughallazah itu disuarakan seorang ahli perniagaan Uighur beragama Islam, Adil Memettur yang memiliki ratusan ribu pengikut dan mengkritiknya menerusi jaringan sosial terkenal China, Weibo.

Adil menyatakan bahawa aplikasi tersebut agak popular dalam kalangan minoriti kerana membolehkan pesanan tempahan oleh pengguna yang ejaan nama mereka tidak seperti majoriti rakyat China lain bukan beragama Islam.

“Namun, kini Alitrip ganti namanya jadi ‘Babi Terbang’. Saya hanya dapat memadamnya dan mungkin semua rakan saya yang Muslim juga, kerana perkataan ‘babi’ adalah jelas haram buat umat Islam di seluruh dunia,” katanya.

Alibaba ujar beliau sebagai firma bertaraf antarabangsa sepatutnya ada mempertimbangkan sensitiviti masyarakat Muslim kerana ajaran Islam menetapkan nama sesuatu barang boleh beri kesan kepada kepercayaan penganutnya.

fliggy1

Namun, kritikan Adil memicu ejekan ramai pengguna Weibo dengan ramai mempersoalkan apakah ini juga bererti China harus menghapus semua rujukan ‘babi’, baik dalam budaya popular semasa mahupun karya kesusasteraan.

“Kita masing-masing ada gaya hidup. Kami tidak paksa anda untuk hidup sesuai dengan peraturan kami, tetapi anda tidak boleh memaksa kami ubah undang-undang,” kata seorang pengguna Weibo dikenali sebagai Fireflyinred.

Adil bagaimanapun didapati sudah memadam mesej kontroversi berkenaan dan pada 30 Oktober lalu menulis catatan baharu yang isinya meminta maaf jika ada netizen di China tersinggung dengan teguran ikhlas berkenaan.

Alibaba dalam pada itu menjelaskan kepada pihak BBC bahawa perubahan nama aplikasi tersebut sebenarnya ditujukan untuk menarik ramai pelanggan yang lebih muda dan tiada niat menimbulkan kemarahan umat Islam.

“Kami meliputi kepelbagaian dan menghormati semua agama. Perubahan nama dimaksudkan untuk mencerminkan aspirasi demografi tempatan agar mengejar mimpi, duduk santai dan menikmati hidup,” kata jurucakap Alibaba.

‘Babi’ memiliki tempat yang cukup penting dalam budaya mahupun kehidupan masyarakat China dan haiwan najis mughallazah itu tidak hanya sekadar makanan daging sumber protein popular kepada penganut bukan Islam.

Pemerintah China sendiri malahan ada cadangan perancangan program babi nasional untuk menghadapi isu kekurangan bekalan di pasar, selain juga menjadi sebahagian daripada cerita rakyat dan kalendar zodiak Cina.

fliggy2

Mungkin itulah yang membuatkan ‘panasnya’ reaksi atas komentar jujur Adil, sehingga ramai netizen tempatan berani menghina atau menjadikan agama Islam dan budaya etnik Uighur sebagai bahan jenaka pada masa ini.

Bagaimanapun perdebatan berhubung penggunaan nama ‘babi’ itu juga mencerminkan jurang jauh pemahaman antara minoriti umat Islam dengan majoriti rakyat China yang didominasi daripada suku Han beragama Buddha.

Umat Muslim di China yang berjumlah kira-kira 21 juta orang, kebanyakannya terdiri daripada suku Hui dan Uighur, hanya mencapai sekitar 1.6 peratus daripada keseluruhan penduduk di negara terbesar Asia timur itu.

Wilayah Xinjiang di barat China, tempat tinggal sebahagian besar kaum Uighur, kini berdepan sejumlah kekacauan dan penduduk mendakwa mereka semakin disisih secara ekonomi atau budaya susulan kemasukan pendatang Han.

Keganasan di provinsi itu sering dikaitkan dengan tindakan pasukan keselamatan China ke atas militan pejuang kemerdekaan tempatan dan kelompok hak asasi domestik ekoran kawalan ketat oleh pemerintah pusat Beijing.

Namun di tengah-tengah perdebatan yang panas itu, seorang penulis blog terkenal China, Han Dongyan masih menyerukan semua pihak agar lebih bertenang dan saling hormat-menghormati antara kepelbagaian penduduk.

“Jangan anggap semua Muslim sama, (Adil) sudah buat kesilapan dan dikritik, tetapi usah menanggapi hal ekstrem dengan ekstrem yang lain serta anggapnya sebagai sama. Itu juga salah,” katanya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: babiChina
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Econsave Diserbu Jual Minyak Masak Harga Lama

Next Post

Tweet Berbaur Hina, Pengguna Twitter Dikecam Netizen

Related Posts

2 Kontena Dari China Ditahan, JKDM Rampas Vape Lebih RM5.14 Juta

2 Kontena Dari China Ditahan, JKDM Rampas Vape Lebih RM5.14 Juta

05/06/2025
0

Butterworth: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 86,086 unit peranti rokok elektronik (vape) dan 996.5 liter cecair bernilai lebih RM5.14...

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

19/05/2025
0

GEORGETOWN: Ketibaan pelancong dari China ke Pulau Pinang melonjak sebanyak 218.86 peratus pada 2024 berbanding tahun sebelumnya, sekali gus menjadikan...

Next Post

Tweet Berbaur Hina, Pengguna Twitter Dikecam Netizen

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd