• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kazim Tuntut RM8 Juta Dari Wanita Tuduh Anak Dicabul

oleh AK-47
22/11/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENDAKWAH terkenal, Datuk Uztaz Mohd Kazim Elias menuntut RM8 juta daripada ibu pelajar yang didakwa memfitnahnya berhubung isu pencabulan seksual dan seks luar tabii di Maahad Tahfiz Darul Barakah milik beliau, Ogos lalu.

Tuntutan saman itu dibuat pada 18 November melalui firma guaman Khairul, Suhaila & Hazlina kepada Johanna Sarrah Harun Ronald yang difahamkan baharu menerimanya pada hari ini.

Menurut surat tuntutan itu, Johanna Sarrah diminta memohon maaf secara terbuka dalam tempoh tujuh hari mulai tarikh serahan surat tersebut.

Kaitan: Ustaz Kazim Mahu Bersih Nama Sekolah

Pengasas dan Pengetua Pusat Pendidikan Al Barakah itu mengatakan tuntutan ganti rugi dilakukan atas alasan fitnah yang menjejaskan imejnya sehingga sukar mendapat tawaran di kaca televisyen selain menjejaskan reputasi pusat tahfiz miliknya.

kazim3

kazim

Kazim mendakwa, coretan wanita itu pada 2 Ogos lepas tidak menyebut namanya dan pusat pengajiannya namun bahagian ulasan komen pembaca di Facebook menyatakan dengan jelas.

Akibatnya, menurut surat tuntutan itu lagi, Kazim dalam tempoh itu telah dikecam, difitnah dan diprovokasikan oleh sesetengah pihak sehingga mengalami kerugian besar dalam karriernya sebagai seorang penceramah bebas.

Hujung Ogos lalu, Kazim menafikan berlaku pencabulan seksual dalam kalangan pelajarnya seperti yang diviralkan di media sosial.

Beliau mengakui, amat kecewa dan terkesan dengan viral insiden itu yang menyebabkan banyak tuduhan dan fitnah dilemparkan kepadanya serta pengurusan sekolah.

Pada 24 Ogos, polis telah menerima aduan mengenai dakwaan pencabulan seksual di sebuah‎ maahad tahfiz di Ipoh dan mengambil keterangan 10 individu termasuk pelajar, pengadu dan sekolah terbabit.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 377E iaitu merangsang seorang kanak-kanak di bawah 14 tahun untuk melakukan sesuatu perbuatan kelucahan melampau yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Saman Fitnahustaz kazim elias
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Keputusan Rayuan Kes Saman Fitnah Sultanah Nur Zahirah 12 Disember Ini

Keputusan Rayuan Kes Saman Fitnah Sultanah Nur Zahirah 12 Disember Ini

22/09/2023
0

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menetapkan 12 Disember ini untuk memberikan keputusannya terhadap rayuan Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah berhubung saman fitnah...

Kes Saman Fitnah Selesai, Roslin Mohon Maaf Kepada Kenny Goh

Kes Saman Fitnah Selesai, Roslin Mohon Maaf Kepada Kenny Goh

06/09/2023
0

KUALA LUMPUR : Kes saman fitnah terhadap Roslin Hashim selesai secara baik selepas bekas pemain badminton nombor satu dunia itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd