• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kawasan Parkir Berhampiran HSA Dinaiki Air

oleh Ahmad Albab
14/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kawasan parkir berhampiran Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini dinaiki air setinggi 0.2 meter pada pagi tadi susulan fenomena Supermoon yang membawa hujan lebat dan air pasang besar.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Johor Bahru, Leftenan (PA) Mohd Aziz Jupri berkata pihaknya menerima laporan kejadian daripada anggota polis yang bertugas di HSA, kira-kira pukul 10.30 pagi.

“Kejadian ini berlaku disebabkan pertembungan air hujan lebat dan air pasang, namun ia telah beransur surut menjelang tengah hari.

“Seramai lima anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bersama sebuah pacuan empat roda telah diarahkan ke lokasi kejadian untuk memantau situasi yang berlaku dan keadaan dilaporkan baik dengan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku,” katanya ketika dihubungi, Isnin.

Mohd Aziz berkata di kawasan-kawasan lain, tiada aduan diterima berhubung kejadian yang sama.

Namun, beliau mengingatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati kerana air pasang masih lagi dijangka berlaku pada pukul 10.52 malam Isnin.

“Air diramalkan naik sehingga paras 320 sentimeter dari paras laut, lebih tinggi daripada paras ketinggian pagi tadi,” katanya. – BERNAMA

Tags: air pasang besarHSA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

16/10/2024
0

KANGAR - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis bersiap siaga dengan kemungkinan banjir gelombang ketiga di negeri itu pada Jumaat...

Insiden Kepulan Asap HSA Berpunca Daripada Isyarat Palsu

Insiden Kepulan Asap HSA Berpunca Daripada Isyarat Palsu

21/05/2023
0

Johor Bahru : Insiden kepulan asap di Bilik High Voltage di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, semalam berpunca daripada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd