Sunday, May 5, 2024

Creating liberating content

Posting Rayuan Kepada Ratu...

KUCHING - Setiausaha Akhbar kepada Ketua Menteri Sarawak, Ambrose Cheng hari ini membuat...

Puteri UMNO Sifatkan Pemimpin...

KUALA LUMPUR - Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan hari ini menyifatkan...

#KitaLawan: Nurul Izzah Ditahan...

AHLI Parlimen Lembah Pantai yang juga anak sulung kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar...

Polis Akan Beri Bantuan...

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun memberi jaminan...

Kapal KM Kuraman Jadi Tukun Tiruan Di Sabah

KOTA KINABALU – Kapal peronda KM Kuraman milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) diserahkan kepada Taman-Taman Sabah hari ini untuk dilupuskan sebagai tukun tiruan di Taman Tunku Abdul Rahman.

Kapal berusia lebih 52 tahun itu asalnya milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan mula diambil alih APMM pada 2006 untuk tujuan operasi dan menjaga keselamatan di perairan negara.

Pengarah APMM Wilayah Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zubil Mat Som berkata kapal dinamakan bersempena nama sebuah pulau di Labuan itu, telah mencapai pelbagai kejayaan dan cabaran sepanjang berkhidmat dengan TLDM dan APMM.

“APMM amat berterima kasih kepada kerajaan Sabah melalui Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar serta Taman-Taman Sabah kerana sudi menerima KM Kuraman untuk ditenggelamkan di kawasan Taman Tunku Abdul Rahman.

“Walaupun sedih kerana ‘berpisah’ dengan salah satu aset kapal, kita gembira apabila legasi khidmatnya diteruskan dalam memperkayakan sumber hidupan marin di Taman Tunku Abdul Rahman sebagai tukun yang juga boleh beroperasi untuk aktiviti skuba pertama di perairan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada upacara penenggelaman kapal KM Kuraman di sini hari ini, yang disempurnakan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun.

Mohd Zubil berkata pihaknya percaya usaha itu akan membuka kerjasama yang lebih baik dalam bidang keselamatan terutamanya dalam bidang penguatkuasaan perlindungan khazanah alam semulajadi di negeri ini.


Sementara itu, Masidi berkata pihaknya berterima kasih dan menyokong inisiatif APMM mengabadikan kapal KM Kuraman di dasar laut di Taman Tunku Abdul Rahman sebagai ikon bersejarah dan tarikan pelancongan baharu.

Katanya kapal itu akan menjadi ekosistem baharu di dasar laut dan menjadi habitat pertumbuhan terumbu karang yang akan menarik banyak hidupan marin seperti pelbagai spesies ikan.

“Seterusnya kapal itu akan menjadi kawasan selaman pertama di dalam kawasan Taman Tunku Abdul Rahman. Ia pastinya akan menjadi satu lagi tarikan dalam aktiviti menyelam,” katanya.

Masidi berkata pada masa ini, terdapat lebih 12 tapak selaman di sekitar Taman Tunku Abdul Rahman.

“Jumlah penyelam pada tahun lepas seramai 7,929 orang, manakala bagi tahun ini daripada Januari sehingga September, 7,526 penyelam direkodkan di sekitar Taman Tunku Abdul Rahman,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori