• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kanak-Kanak Perempuan Mangsa Dera Masih Hidup

oleh AK-47
27/11/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

VIRAL menerusi laman sosial dakwaan kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang parah akibat didera di Flat Paya Nahu di Sungai Petani, Kedah konon meninggal dunia semalam.

Walau bagaimanapun, dakwaan palsu tersebut disangkal oleh Jabatan Kesihatan Kedah.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Norhizan Ismail, dakwaan itu menjadi viral setelah dimuat naik oleh seorang individu di laman sosial dan disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp.

“Saya sendiri mendapatkan kepastian daripada Pengarah Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani dan disahkan Ketua Jururawat Kanan Wad Kanak-kanak berkenaan bahawa kanak-kanak malang itu dalam keadaan stabil.

“Tindakan tidak bertanggungjawab pihak berkenaan amat dikesali kerana melaporkan berita tidak benar dan boleh menimbulkan perasaan tidak senang serta keresahan dalam kalangan masyarakat,” katanya kepada BH Online.

Difahamkan kanak-kanak perempuan itu hanya mengalami kecederaan fizikal di beberapa bahagian tubuh dan kini stabil di bawah pemerhatian Pakar Perunding Kanak-Kanak, Hospital Sultan Abdul Halim.

Baca: Ibu Lihat Sendiri Anak Dibungkus, Diletak Dalam Tong

Kejadian berkenaan terbongkar setelah ibu mangsa dan suspek lelaki berusia 34 tahun bertengkar di flat berkenaan membongkar kes penderaan kanak-kanak perempuan berusia empat tahun itu.

Ia seterusnua membawa pula kepada penemuan mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun.

Difahamkan mayat kanak-kanak malang itu telah meninggal dunia sejak 9 November lalu ditemukan berbalut dengan selimut toto dan disorokkan di dalam tong ikan dalam bilik di rumah terbabit. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Derakanak-kanakkes bunuh
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd