• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Budak Lelaki Mati Lemas Di Taman Tema Air Batu Pahat

oleh Ahmad Albab
01/11/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kegembiraan seorang bapa menyambut cuti Deepavali bersama-sama keluarganya bertukar pilu apabila anak lelakinya ditemukan lemas di sebuah kolam di taman tema air di Parit Bilal, Batu Pahat, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Abdul Wahib Musa berkata kejadian itu berlaku ketika keluarga berkenaan mandi-manda selepas kira-kira 20 minit mendaftar masuk ke taman tema itu pada 3.30 petang.

“S. Rishither, 6, ditemukan lemas oleh bapanya S. Surentharan di sebuah kolam renang yang mempunyai kedalaman lima kaki, tidak jauh dari tempat keluarganya mandi-manda pada 3.50 petang,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Katanya pihak pengurusan taman tema membantu keluarga itu membawa mangsa yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik ke Klinik Kesihatan Tongkang Pechah dan disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai perubatan di klinik itu yang kemudiannya melaporkan kejadian itu kepada polis.

Beliau berkata kes itu dikategorikan sebagai mati mengejut dan tiada sebarang unsur jenayah.

“Hasil keterangan daripada keluarga mangsa, mereka menyatakan bahawa mereka terdiri daripada dua keluarga seramai sembilan orang datang dari Taman Pelangi, Kluang, ke taman tema air ini untuk berkelah sempena cuti Deepavali,” katanya. – BERNAMA

Tags: kanak-kanakmati lemas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tangisan tanpa henti seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai menjadi punca dia dipukul anak pengasuh di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd