• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Kanak-Kanak ‘Diterkam’ Harimau Di Pasar

oleh AK-47
24/11/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG kanak-kanak perempuan nyaris maut selepas diserang harimau ketika bersiar-siar di sebuah pasar di Arab Saudi, baru-baru ini.

Rakaman video ngeri tersebut berjaya dirakam dengan memaparkan kanak-kanak perempuan diterkam harimau yang dibawa berjalan oleh tuannya.

Dailymail melaporkan, haiwan tersebut dibawa bersiar-siar di kawasan awam di barat laut negara itu dan hanya beberapa meter jaraknya dengan orang ramai yang lalu lalang di situ.

Dalam rakaman tersebut, terdapat beberapa kanak-kanak yang melarikan diri ketika haiwan buas itu melalui kawasan pasar.

Malangnya, seorang kanak-kanak perempuan berusia kira-kira enam tahun diterkam ketika menghampiri haiwan tersebut selain dicakar serta dihempap binatang liar itu.

Kanak-kanak itu menjerit ketakutan dan pemilik haiwan tersebut bertindak menarik haiwan peliharannya itu jauh daripada mangsa.

Rakaman tersebut berakhir ketika harimauitu  menerkam mangsa, namun saksi mendakwa mangsa sempat diselamatkan dan tiada kecederaan serius dilaporkan.

Pengguna media sosial di negara itu kemudian mengkritik kejadian tersebut.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, golongan muda di beberapa negara Asia Barat gemar membela binatang buas sebagai haiwan peliharaan eksotik.

Pihak berkuasa kerap memberi amaran kepada orang ramai mengenai bahaya memelihara haiwan seperti itu di kediaman mereka.

Namun amalan itu dilihat sebagai simbol status, malah haiwan berkenaan juga boleh diiklankan dan dibeli dengan mudah melalui Internet. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Arab Saudibudak perempuanharimau
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Prasyarat Baharu Visa Haji 2026

Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Prasyarat Baharu Visa Haji 2026

15/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan Arab Saudi menetapkan bayaran dam sebagai prasyarat baharu bagi proses pengeluaran visa haji kepada jemaah yang melaksanakan...

Penangkapan Harimau Di Bukit Kinding, Tanjung Rambutan: Amaran Dari Alam

Penangkapan Harimau Di Bukit Kinding, Tanjung Rambutan: Amaran Dari Alam

11/01/2026
0

Penangkapan seekor harimau di Bukit Kinding, Tanjung Rambutan, berhampiran Ipoh, mengingatkan kita tentang hakikat yang kian mendesak: konflik manusia–hidupan liar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd