• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kaji Permintaan Pengeluar Gula Untuk Naik Harga

oleh AK-47
24/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kerajaan sedang mengkaji permintaan pengeluar gula bagi menaikkan harga gula berikutan kos gula mentah yang semakin meningkat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata perbincangan mengenai perkara itu telah dilakukan sejak sebulan lalu.

“Kerajaan akan meneliti trend harga pasaran gula dunia terlebih dahulu kerana ia boleh naik dan menurun malah (kadang-kadang) stabil, (supaya) mudah kita hendak membuat kiraan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Perunding Penjaja dan Peniaga Kecil Kebangsaan, di sini hari ini.

Beliau berkata perubahan trend itu tidak menentu dan banyak dipengaruhi pelbagai faktor termasuk iklim serta bekalan gula tidak mencukupi yang boleh menyebabkan harga gula meningkat dan kadang kala akan kembali normal dan stabil.

“Oleh itu, adalah tidak adil jika kita membenarkan mereka naikkan harga (terutama apabila perubahan mendadak seperti ini berlaku),” katanya.

Hamzah diminta mengulas kenyataan MSM Malaysia Holdings Bhd yang meminta kerajaan menaikkan harga gula sebanyak 20 peratus kerana kos gula mentah dikatakan meningkat 40 peratus sejak awal tahun ini serta memberi kesan terhadapt margin syarikat.

Beliau berkata harga pasaran gula dunia kini mencecah US$0.26 sen (US$1=RM4.40) bagi satu paun (1PAUN=0.5KG) berbanding US$0.16 Sen pada tahun 2013.

“Permintaan pengeluar ada asasnya tetapi saya hendak pastikan supaya ia memberi keselesaan dari segi kadar harga yang mereka sendiri mampu untuk berusaha mengeluarkan gula supaya bekalan cukup di pasaran,” kata beliau.

Dalam masa yang sama, pihaknya juga tidak mahu pengguna terasa beban dengan harga gula yang mahal.

Bagaimanapun, beliau turut memberi jaminan agar pengguna tidak perlu bimbang memandangkan tiada pengumuman mengenai sebarang kenaikan harga gula buat masa ini. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Hamzah Zainudingula
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kempen Cegah Salah Guna Dadah Di Flat Paya Nahu Dipergiat

Next Post

3 Menara Penyejuk Kilang NSTP Hampir Musnah Kebakaran

Related Posts

Tiada Kenaikan Harga Gula – Fuziah

Tiada Kenaikan Harga Gula – Fuziah

30/06/2024
1

SUNGAI BAKAP - Tiada sebarang kenaikan harga gula yang akan dibuat setakat ini. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP….. Perkara itu...

Gantung Lesen Jika Jual Gula Lebih Harga Kawalan

Gantung Lesen Jika Jual Gula Lebih Harga Kawalan

06/06/2023
0

KUALA LUMPUR: Peniaga yang didapati sengaja menjual harga gula melebihi harga kawalan, menyorok bekalan dan menetapkan pembelian gula secara bersyarat,...

Next Post

3 Menara Penyejuk Kilang NSTP Hampir Musnah Kebakaran

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd