• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jurutera Didakwa Dera Anak Kekasih Guna Pembaris Kayu

oleh
11/11/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Gara-gara memukul anak kekasih menggunakan pembaris kayu, seorang jurutera dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan mencederakan kanak-kanak itu, Sabtu lepas.

Lee Wei Thye, 36, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas dakwaan mendedahkan kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun itu kepada kecederaan fizikal dengan memukul tangan dan badannya menggunakan pembaris kayu.

Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan itu di Jalan Persiaran Gambir 1, Gambir Heights di sini pada jam 8 malam, 5 November lalu.

Tertuduh yang memakai baju-T berwarna putih itu didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang boleh dihukum menurut akta sama yang memperuntukkan denda maksimum RM20,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Fatin Hussin memohon kepada mahkamah agar tidak membenarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh atas alasan kes tersebut melibatkan kanak-kanak dan ibu mangsa merupakan teman wanita tertuduh.

Lee kemudiannya memohon dibenarkan ikat jamin atas alasan perlu menanggung ibu bapa dan perlu bekerja.

Hakim Irwan Suaibon tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 13 Disember ini untuk sebutan kes bagi serahan dokumen dan membolehkan tertuduh melantik peguam. – BERNAMA

Tags: DeraPembaris Kayu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Budak Sembilan Tahun Maut Disyaki Didera Bapa Tiri

Budak Sembilan Tahun Maut Disyaki Didera Bapa Tiri

23/06/2025
0

MELAKA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun maut dipercayai didera oleh bapa tiri di sebuah rumah di Kota Laksamana,...

Guru Wanita Disyaki Dera Kanak-Kanak Perempuan Direman Enam Hari

Guru Wanita Disyaki Dera Kanak-Kanak Perempuan Direman Enam Hari

31/05/2025
0

Gombak: Guru wanita yang disyaki mendera seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun direman enam hari bermula hari ini. Ketua Polis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd