• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Juruteknik Kilang, Pembantu Jurukimpal Cuba Sertai Daesh

oleh Ahmad Albab
04/11/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dua lelaki, masing-masing bekerja sebagai juruteknik kilang dan pembantu jurukimpal dipercayai merancang untuk menyertai kumpulan pengganas Daesh di Syria, ditahan pada 30 Okt lepas.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata kedua-dua lelaki tempatan itu ditahan sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang selepas mereka diusir oleh pihak berkuasa Turki semasa dalam perjalanan untuk menyusup masuk ke Syria.

“Juruteknik kilang berusia 29 tahun berasal dari Johor manakala rakannya, pembantu jurukimpal berumur 24 tahun dan berasal dari Sarawak.

“Kedua-dua mereka disyaki direkrut oleh Muhammad Wanndy Mohamad Jedi untuk menyertai kumpulan pengganas Daesh di Syria,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Khalid berkata Muhammad Wanndy, yang merupakan rakyat Malaysia dan menyertai kumpulan militan Daesh di Syria, aktif merekrut anggota baharu dalam kalangan rakyat di negara ini untuk kumpulan itu.

Muhammad Wanndy, yang turut merancang membunuh pemimpin negara dan pegawai tertinggi Polis Diraja Malaysia, dipercayai bertanggungjawab menyelaras rancangan penyusupan masuk kedua-dua lelaki itu ke Syria serta menyalurkan dana untuk membiayai kos penerbangan kedua-dua suspek, kata Ketua Polis Negara.

Katanya bagi mengelirukan pihak berkuasa, kedua-dua suspek berlepas dari Butterworth, Pulau Pinang ke Bangkok menggunakan kereta api pada 23 Oktober, sebelum menaiki pesawat untuk penerbangan Bangkok-Abu Dhabi-Istanbul.

“Penahanan kedua-dua suspek adalah hasil kejayaan pertukaran maklumat dan risikan pihak Cawangan Khas dengan pihak berkuasa Turki. Kedua-dua lelaki ini ditahan oleh pihak berkuasa Turki pada 28 Okt sejurus selepas mendarat di Istanbul dan diusir pulang ke Malaysia pada keesokan harinya,” katanya.

Khalid berkata kedua-dua suspek ditangkap kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Bab VIA – Kesalahan Berkaitan dengan Keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat mengikut prosedur Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Akta 747). – BERNAMA

Tags: Daeshpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd