• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jumlah Pesakit Malaria Di Pos Kemar Dijangka Meningkat

oleh Ahmad Albab
27/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Jumlah pesakit malaria di penempatan Orang Asli Pos Kemar, Gerik dijangka terus meningkat berikutan ujian slaid darah yang dijalankan kepada penduduk belum diperoleh sepenuhnya.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan, Integrasi Nasional, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata setakat ini, seramai 2,600 penduduk di 19 perkampungan Orang Asli telah menjalani ujian slaid darah manakala kira-kira 1,000 penduduk belum menjalani ujian berkenaan.

“Terdapat penduduk Orang Asli yang enggan menjalani ujian tersebut kerana takut serta tidak mahu mendapatkan rawatan di hospital.

“Ada di antaranya yang lari masuk ke hutan sehingga kita perlu memberi rawatan kepada mereka yang positif wabak malaria dengan pergi ke perkampungan Orang Asli tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Sambutan Hari Diabetes Sedunia peringkat negeri Perak sempena ‘Hari Tanpa Kenderaan’ di sini hari ini.

Menurutnya, ujian tersebut dijalankan oleh kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Perak, enam pembantu makmal dari daerah Lembah Kinta, Manjung dan Perak.

Beliau berkata setakat hari ini, pesakit yang dimasukkan ke hospital akibat wabak itu meningkat kepada 77 orang berbanding 73 semalam.

Katanya sebanyak 65 pesakit kini menerima rawatan di Hospital Gerik manakala 12 pesakit lagi dirawat di Hospital Kuala Kangsar. – BERNAMA

Tags: malaria
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaria Zoonotik Ancaman Baharu Malaysia

25/04/2022
0

KUALA LUMPUR : Malaysia sedang menghadapi ancaman baharu yang serius dalam jangkitan malaria iaitu peningkatan jangkitan malaria zoonotik. Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram...

Pekerja Warga Asing Disyaki Punca Kes Malaria Di Ampang

27/06/2020
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) mengesyaki kes malaria membabitkan 14 individu termasuk seorang warga tempatan di Ampang, Selangor, berpunca...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd