Thursday, May 2, 2024

Creating liberating content

MB Selangor Akui Tidak...

SABAK BERNAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengakui tidak membuat...

Bayi 5 Bulan Meninggal...

MELAKA - Seorang bayi perempuan berusia lima bulan meninggal dunia dipercayai tersedak susu...

Pecat Ahli UMNO Bersekongkol...

MELAKA - Badan Perhubungan UMNO Melaka mencadangkan agar Majlis Tertinggi (MT) parti itu...

Terus Melonjak, 6,806 Kes...

PUTRAJAYA - Jumlah kes harian COVID-19 di negara ini terus melonjak dengan 6,806...

Jumlah Pelancong Eropah Ke Melaka Meningkat

MELAKA – Jumlah kedatangan pelancong Eropah ke Melaka mencatatkan peningkatan kepada 212,524 orang pada tahun lepas berbanding 174,708 orang pada tahun 2014, berdasarkan laporan statistik yang direkodkan Tourism Melaka.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata jumlah itu dijangka terus meningkat pada tahun ini selaras dengan usaha agresif kerajaan negeri menarik kedatangan pelancong Eropah ke negeri itu termasuk menyertai World Travel Market (WTM) London pada tahun ini yang diadakan selama tiga hari bermula hari ini.

Beliau berkata United Kingdom merupakan antara negara terpenting bagi pasaran pelancong dari Eropah ke Malaysia khususnya ke Melaka yang perlu diterokai.

“Penyertaan Melaka dalam WTM London 2016 ini merupakan platform terbaik bagi memperkenalkan Melaka di mata dunia terutama kepada masyarakat Eropah kerana ia disertai beribu penggiat industri pelancongan dunia termasuk pihak media.

“Oleh itu, kerajaan negeri akan mengambil kesempatan ini mempromosikan Melaka melalui aplikasi permainan maya yang dikenali sebagai #Melaka755 Quest iaitu aplikasi mudah alih pelancongan Destination Melaka,” katanya yang akan mengetuai misi perdagangan pelancongan Melaka di WTM London 2016, dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Idris berkata penglibatan Melaka di WTF London 2016 juga merupakan satu wadah penting membina jaringan perniagaan dan memulakan peluang perniagaan baharu dalam kalangan Perancang Persidangan Profesional dan Syarikat Pengurus Destinasi untuk meninjau potensi Melaka sebagai satu daripada destinasi pilihan penganjuran mesyuarat, persidangan serta insentif antarabangsa.


Katanya WTM London yang dianjurkan setiap tahun berjaya mengumpulkan lebih 50,000 penyertaan yang mempromosikan destinasi, produk dan perkhidmatan pelancongan kepada 100,000 pengunjung perdagangan dari 182 buah negara.

Sementara itu, beliau berkata sebanyak 50 agensi Malaysia turut terlibat dalam program itu termasuk agensi kembara, perhotelan, pengusaha produk pelancongan dalam usaha mempromosikan pelancongan di negara ini.

“Bagi Melaka pula, antara pihak yang menyertai misi perdagangan pelancongan itu adalah Pegawai Kewangan negeri Datuk Roslan Ibrahim, wakil dari Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Perbadanan Ketua Menteri Melaka dan Telekom Malaysia Berhad Melaka,” katanya.

Beliau berkata gerai pameran Malaysia di WTM London 2016 yang berlangsung di ExCel London dijangka akan dirasmikan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori