• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Klinik Swasta Di Klang Diserbu Polis

oleh AK-47
01/12/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Dua buah klinik swasta di bandar ini diserbu polis petang tadi bagi membantu siasatan berhubung kes penjualan bayi.

Jurucakap polis berkata klinik bersalin dan klinik am diserbu kira-kira pukul 3 petang oleh sepasukan anggota dari Unit Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Dalam serbuan ‘Ops Baby’ itu polis turut merampas beberapa dokumen bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Polis turut meminta tiga kakitangan wanita klinik berkenaan untuk hadir ke balai polis berhampiran untuk diambil keterangan, katanya ketika ditemui pemberita di perkarangan klinik berkenaan di sini hari ini.

Serbuan itu dilakukan susulan dakwaan agensi berita antarabangsa baru-baru ini kononnya terdapat kegiatan menjual bayi di daerah itu.

Menurut jurucakap polis itu lagi, selain dua klinik berkenaan, serbuan turut dijalankan di tiga buah klinik di dua lokasi berasingan iaitu di Tanjung Sepat, Sepang; dan di Labu, Negeri Sembilan.

Setakat ini tiada tangkapan dibuat dan siasatan lanjut sedang dijalankan, tambahnya. – BERNAMA

Tags: klinik swasta
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Stok Penimbal Ubat Kerajaan Mula Diagihkan Ke Klinik Swasta

Stok Penimbal Ubat Kerajaan Mula Diagihkan Ke Klinik Swasta

22/07/2022
0

CYBERJAYA: Stok penimbal ubat-ubatan kerajaan yang diuruskan Pharmaniaga Bhd sudah diagihkan kepada klinik swasta sejak semalam susulan kekurangan ubat-ubatan tertentu...

KKM Edar Parasetamol Stok Penimbal Ke Klinik Swasta

KKM Edar Parasetamol Stok Penimbal Ke Klinik Swasta

20/07/2022
0

PUTRAJAYA – Parasetamol (PCM) berlogo Kementerian Kesihatan (KKM) sudah mula diedarkan ke klinik swasta bagi menampung kekurangan bekalan ubat tersebut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd