• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 3, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPN Daftar Lebih Setengah Juta Anak Tidak Sah Taraf

oleh
10/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 532,158 kelahiran anak tidak sah taraf atau anak luar nikah didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dari tahun 2005 hingga 2015.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata data Polis Diraja Malaysia pula menunjukkan bagi tempoh yang sama, terdapat 526 kes pembuangan bayi.

“Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, bilangan kes kehamilan remaja belum berkahwin bagi tahun 2012 hingga 2015 adalah sebanyak 16,270.

“Berdasarkan Statistik Remaja Hamil Jabatan Kesihatan Negeri 2012 hingga 2015, tiga negeri dengan statistik tertinggi remaja berumur 10 hingga 19 tahun hamil adalah Sarawak (5,246 orang), Johor (2,427 orang) dan Selangor (1,603 orang),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis yang diedarkan di Parlimen hari ini bagi menjawab soalan Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) mengenai jumlah bayi luar nikah dilahirkan dalam masa 10 tahun dari 2005 hingga 2015 dan tindakan bagi menyelesaikan masalah kelahiran luar nikah itu.

Menjelas lanjut, Rohani berkata pihaknya tidak mempunyai data khusus bagi kes-kes itu dan kementeriannya menerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) lebih menumpukan pada program-program berbentuk intervensi dan pencegahan.

Ia termasuk memberi pengetahuan dan kemahiran pendidikan kekeluargaan dan keibubapaan serta program berkaitan kesihatan reproduktif dan seksualiti kepada remaja, keluarga dan masyarakat.

Kerajaan telah mewujudkan Dasar dan Pelan Tindakan Kesihatan Reproduktif dan Sosial Kebangsaan (PEKERTI) 2009 bagi melahirkan individu berpengetahuan dan mempunyai sikap positif dalam kesihatan reproduktif dan sosial.

Beberapa program telah dilaksanakan melalui dasar dan pelan tindakan itu termasuk Pusat Remaja kafe@TEEN, Program Pekerti@PLKN, Program Pekerti@Sekolah, Program Pekerti@Institut, Pekerti@IPGM dan Pekerti@Komuniti, katanya.

“Dengan pendedahan kepada maklumat yang betul dan latihan pembangunan kemahiran diri yang bersesuaian bermula dari awal, golongan muda dapat diperkasakan pengetahuan dan kemahiran bagi membantu mereka membuat pilihan bijak berhubung kesihatan reproduktif dan seksual remaja,” katanya. – BERNAMA

Tags: Anak Luar NikahJPN
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

8 Penggiat Seni Terima Geran Bernilai RM33,000

Next Post

Polisi Anti-Islam Trump: Muslimah AS Takut Berhijab

Related Posts

Permohonan MyKid Dibuka Semula – JPN

Permohonan MyKid Dibuka Semula – JPN

25/07/2024
1

Putrajaya: Permohonan MyKid akan dibuka semula di semua Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mulai 29 Julai ini. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

80 Peratus Permohonan Jadi Warganegara Lulus

80 Peratus Permohonan Jadi Warganegara Lulus

19/03/2024
0

PUTRAJAYA: Kira-kira 80 peratus daripada 3,903 permohonan kewarganegaraan secara pendaftaran sudah diluluskan. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP….. Menteri Dalam Negeri...

Next Post

Polisi Anti-Islam Trump: Muslimah AS Takut Berhijab

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd