• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jiran Dedahkan Ibu Dua Anak Jadi Mangsa Dera Teman Lelaki

oleh AK-47
25/11/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENEMUAN mayat kanak-kanak dalam tong ikan di di Flat Paya, Nahu, Sungai Petani, Kedah, awal pagi tadi membongkar ‘aktiviti’ seorang lelaki mendera ibu dan dua anaknya sehingga membawa kepada kematian.

Suspek yang berusia 34 tahun itu dipercayai seorang penagih dadah di kalangan jiran di kawasan perumahan tersebut selain tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Lelaki tersebut dikatakan tinggal di sebuah rumah bujang bersama tiga penghuni lain sebelum membawa masuk teman wanitanya yang mempunyai dua orang anak iaitu kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun dan lelaki berusia 2 tahun.

Wanita berusia 26 tahun itu bersekududukan dengan suspek yang juga teman lelakinya sejak dua bulan lalu selepas kematian suaminya.

Kebahagiaan yang diimpikan tidak menjadi kenyataan apabila ibu dan dua kanak-kanak tersebut menjadi mangsa dera sehingga anak lelakinya yang berusia 2 tahun dipukul sehingga meninggal dunia pada 9 November lalu dan disimpan di dalam tong ikan.

Jiran yang dikenali sebagai Norima berkata, ibu mangsa memberitahu mengenai kejadian tersebut selepas berjaya melarikan diri ketika teman lelakinya keluar dari rumah malam tadi.

“Dia memberitahu anak perempuannya cedera teruk selepas didera teman lelaki dan saya mahu menghantarnya ke hospital tetapi terkejut apabila dimaklumkan anak lelakinya sudah meninggal dunia lebih dua minggu.

“Saya terus menghubungi kecemasan (polis) untuk datang siasat dan hasilnya penemuan mayat di dalam tong ikan,” katanya.

Baca: Kejam..Ibu dan Kekasih Awet Mayat Anak Dalam Tong Ikan

Menurutnya, ibu mangsa memaklumkan yang dia dan dua anaknya sering menjadi mangsa dera dan akan dikunci di dalam bilik setiap kali teman lelakinya keluar.

Katanya, pada malam kejadian itu, suspek terlupa mengunci pintu dan menyebabkan ibu mangsa berjaya melarikan diri dan meminta bantuan daripadanya.

“Sebelum ini saya pernah melihat anak lelakinya lebam di bahagian muka tetapi apabila ditanya, mereka memberikan alasan terjatuh bilik air,” katanya.

Sementara itu, Berita Harian melaporkan, tiga penghuni lain di dalam rumah tersebut terkejut dan tidak menyedari sudah dua minggu tinggal bersama mayat di dalam tong.

Mohd Hisham Mohamad; 29, berkata, tiada tanda luar biasa atau bau busuk di rumah tersebut dan penemuan mayat kanak-kanak itu menjawab misteri kehilangan tong ikan yang selama ini digunakan untuk menadah air.

“Kami jarang pulang ke rumah sejak wanita itu tinggal di rumah ini kerana tidak selesa dan selama mereka tinggal bersama, jarang dengar mereka bergaduh.

“Saya ada bertanyakan mengenai tong air tetapi dia (suspek) memberitahu tong tersebut diberikan kepada orang,” katanya yang terkejut apabila mengetahui tong ikan itu mengandungi mayat yang disimpan dalam bilik rakan serumahnya itu (suspek).

Dalam kejadian 1.25 pagi tadi, mayat kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun ditemui dibaluti dengan tilam (toto), kain batik dan pita pelekat di dalam tong ikan sementara kakak mangsa yang berusia 4 tahun cedera parah akibat didera teman lelaki ibu kandungnya.

Susulan kejadian itu, ibu kandung mangsa dan teman lelakinya ditahan untuk siasatan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: jirankanak-kanakKedahkes bunuhtong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

Sebar Berita Palsu Kerajaan Hantar Diesel Ke Filipina Dosa Jariah

Sebar Berita Palsu Kerajaan Hantar Diesel Ke Filipina Dosa Jariah

12/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Perbuatan menyebarkan berita palsu kerajaan menghantar 329,000 tong diesel ke Filipina walaupun dengan meletakkan tanda soal adalah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd