• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Elly Mazlein Sedia Timbang Semula Sertai GV3

oleh AK-47
16/11/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JIKA sebelum ini penyanyi Elly Mazlein, teguh menyatakan pendiriannya enggan kembali semula bertanding dalam Gegar Vaganza 3 (GV3), namun kali ini nampaknya, selebriti itu sudah berubah hati.

Ini ekoran Elly yang mesra dipanggil Kak Lina Pom Pom tidak menolak kemungkinan menyertai semula GV sekiranya diberi peluang menerusi sistem imuniti milik penaja utama program berkenaan, Datuk Seri Vida.

Kata Elly, 26, dia sedia menimbang semula demi para peminatnya yang mengharap dia dapat bertanding semula.

elly

“Perkara ini ada pro dan juga kontra. Hampir 90 peratus mahu saya kembali semula ke GV3 jika diberi peluang, tetapi ada juga yang tidak bersetuju dengan memberi alasan perkara ini membabitkan soal maruah.

“Saya sendiri susah nak cakap kerana banyak hati yang perlu dijaga. Tetapi, kalau diikutkan hati, memang sekarang juga saya nak masuk semula.

“Tengoklah nanti macam mana. Kalau saya masuk balik, pasti akan ada komen negatif dan menghentam keputusan saya ambil itu.

“Tidak mengapa, saya pernah kena teruk sebelum ini. Lebih banyak mereka mengutuk saya, ia makin menguatkan semangat saya untuk menyertai semula GV3,” katanya kepada BH Online dalam majlis perlantikan majlis pelantikannya sebagai Duta Fesyen Neng Geulis.

Sementara itu, diminta mengulas komen pedas Ogy terhadapnya, Elly mengakui merasa terkilan dengan sikap pelakon senior itu.

'Saya Kenal Siapa Dia' - Ogy Pertahan Sindir Drama Elly

“Dia (Ogy) boleh memilih cara lain untuk memberikan komen atau mengkritik saya, tetapi mengapa dirinya menggunakan laman sosial untuk berbuat demikian?

“Walaupun dia membuat serangan peribadi, saya tetap menghormatinya sebagai seorang yang lebih berusia dan berpengalaman daripada saya,” katanya.

Pada Ahad lalu, Elly telah pun bersemuka dengan juri tetap, Datuk Ramli MS menyelesaikan konflik yang berlaku antara mereka.

Sumber: BH Online

Tags: ELLY MAZLEIN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Elly Mazlein Selamat Bertunang

17/12/2019
0

PENYANYI, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein kini sah bergelar tunang kepada pasangannya, Mohamad Azlan dalam majlis yang berlangsung di Pusat...

Demi Keluarga, Elly Bercuti Daripada Lakonan

19/09/2018
0

KUALA LUMPUR - Penyanyi, Elly Mazlein, mengaku dirinya harus bijak menyusun jadual agar tanggungjawab terhadap keluarga, kerjaya seni dan perniagaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd